Tak Silap Pilih Man, Bekas Kerani Pos Malaysia Masuk Kumpulan Puteh
Memang tak silap memilih Man untuk menyertai Puteh. "Man yang minta masuk kumpulan kami, saya dan Mamak berfikir panjang pada mulanya. Kami selesa berdua" kata Ali dalam sidang media selepas kemenangan Puteh semalam di Maharaja Lawak Mega 2019.
"Kebiasaannya saya adalah pencipta, mesin dan Mamak adalah pencetak, kami berbincang balik dan mendapati tidak salah ada dua pencetak atau dua mesin dalam kumpulan Puteh" ulas Ali.
"Kebiasaannya saya adalah pencipta, mesin dan Mamak adalah pencetak, kami berbincang balik dan mendapati tidak salah ada dua pencetak atau dua mesin dalam kumpulan Puteh" ulas Ali.
Selepas itulah Man masuk dalam kumpulan Puteh. Pada tahun lepas, Man bersama Tauke Jambu dalam kumpulan Taman. Persembahan Man tahun lepas tidak mengecewakan namun Taman berada di tempat kelima pada Final MLM tahun lepas.
Puteh juga turut layak ke final tahun lepas dan berada di tempat ke-4. Pada edisi MLM 2017, Puteh dapat tempat ke-5. Pada edisi MLM 2016, Puteh berada di tempat ketiga. Kali ini dengan kehadiran Man, Puteh betul betul menjadi.
Man atau nama sebenarnya adalah Abdul Rahman bin Kasim, berasal dari Selangor mula menyertai Raja Lawak Astro Musim Ke-5 pada tahun 2011. Man dinobat sebagai juara dalam pertandingan itu selepas mendapat undian 45% dari peminat dan membawa pulang wang RM100,000.
Waktu itu Man terpaksa mengambil cuti dari Pos Malaysia untuk masuk pertandigan. Selepas menang, Man tergamam dan menyatakan akan berbincang hala tujunya dengan majikannya iaitu Pos Malaysia.
Man yang kini sudah berusia 42 tahun, pada waktu itu adalah kerani Pos Malaysia. Sebelum tahun 2011, Man sudah lima kali hadir ujibakat untuk masuk rancangan Raja Lawak. Sehingga beliau terpilih dan jadi juara pada 2011.
Kini Man bersama Puteh sudah bergelar Juara Maharaja Lawak 2019, membawa pulang hadiah RM500,000. Kerjaya Man sebagai pelawak sekarang berada pada landasan yang penuh gemilang. Tahniah Man.
No comments: