5 Negara Paling Bahagia Di Dunia
Berikut adalah 5 negara paling bahagia di dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh United Nations Sustainable Development Solution Network. Ada tak Malaysia dalam 5 negara ini?
5) Holland
Holland atau Belanda berada di tangga ke-5 dalam negara paling bahagia di dunia pada tahun 2019. Pada lelaki Malaysia yang masih bujang eloklah berhijrah ke sana, elok elok gadis di Holland.
Holland adalah sebesar negeri Pahang sahaja jika mengikut saiz negaranya, namun kaya dengan sejarah dan karya-karya lama di Eropah. Kalau melancong ke Amsterdam kena naik basikal dan pergi ke Houseboat Museum, banyak khazah boleh dipelajari di sana.
4) Iceland
Iceland terkenal bila filem Dilwali menerusi lagu Gerua membuat lakonan di sana. Aksi terbangkan sari di atas kapal terbang itu menjadi begitu popular sekali. Orang Malaysia pun selepas itu berlumba-lumba hendak ke Iceland. Artis dan orang biasa pun ke sana mesti cari kapal terbang yang ada aksi Shah Rukh Khan dan Kajol ni.
Lebih bahagian kalau dapat pergi ke Blue Lagoon Hot Spring di Iceland ni. Berendam dalam air panas yang berwarna biru macam tradisi orang Viking. Selalu kat Malaysia, berendam dalam air panas biasa je, ni warna biru lagi. Pergh mesti bahagia sangat-sangat ni.
3) Norway
Tidak menghairankanlah kalau Norway diletak di tempat ke-3, negara paling bahagia di dunia. Tengok gambar kat atas ni pun dah rasa macam tengok gambar kat dinding rumah dan screen laptop. Tapi ini bukan gambar, ini pemandangan yang betul-betul berada di mata.
Boleh nampak langit hijau di Svalbard Island, fenomena langit hijau ini dikenali sebagai Northern Light di sana. Gambar kedua yang nampak air biru dikelilingi gunung itu adalah di Nordland. Ini adalah perkampungan nelayan di Norway. Cantik sangat sangat perkampungan nelayan dia. Paling penting mereka menjaga kebersihan di sini. Bahagianya kampung ini.
2) Denmark
Negara ini berada di tempat kedua dengan mata 7,600 mata. Hanya ketinggalan 69 mata berbanding Finland yang berada di tempat pertama.
Memang bahagian kalau duduk di Denmark. Sejuk je sepanjang masa. Cuaca dalam 5 darjah celcius. Siang pendek, malam memanjang.
Memang seronok duduk sana tambah-tambah lagi kalau dapat kahwin yang macam Miss Universe Denmark ni, Helena Heuser. Lawa sangat. Confirm dapat anak dan cucu pun handsome dan lawa-lawa nanti. Bahagianya...
1) Finland
Negara paling bahagia di dunia menurut Laporan United Nations Sustainable Development Solution Network pada 2019. Finland telah menduduki ranking pertama ini kali kedua berturut-turut.
Mana tak bahagia, tengoklah Perdana Menteri dan barisan Menteri dia tu, memang nampak muka bahagia sangat. Mana ada dekat negara lain. Korang rasa kalau ada majlis bersama PM dan Menteri, confirm penuh majlis tersebut. Tak perlu angkut bas dah.
Ini bukan kat luar negara, ini kat Malaysia. Kat Masbro Village, Paya Rumput Melaka. RM280 je sebuah rumah. Kalau ambil gambar orang ingat kau dah pergi kat Holland dah ni.
Kita sudah melihat 5 negara paling bahagia di dunia, di manakah kedudukan negara kita Malaysia? Malaysia berada pada ranking ke-80 negara paling bahagia di dunia pada tahun 2019. Sebelum ini kedudukan Malaysia adalah pada tangga ke-42 dan ke-35 (2015-2017).
Jatuh teruk kedudukan Malaysia ini. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita bersama-sama membantu menaikkan semula ranking kebahagiaan negara kita ini. Ayuh sama-sama.
No comments: