Waktu Solat Subuh Berubah Di Negeri Perlis
Dalam satu kenyataan media pada 9 Januari 2020, Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan kenyataan tentang perubahan waktu solat Subuh di seluruh negeri Perlis. Perubahan ini melibatkan perubahan waktu antara 4 minit bagi 1 darjah dan 8 minit bagi 2 darjah.
Sebelum ini pengiraan dibuat berdasarkan parameter altitud matahari pada -20 darjah di bawah ufuk. Pengiraan terbaru menggunakan kaedah altitud matahari pada -18 darjah di bawah ufuk.
Perubahan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan pihak JAKIM, pandangan daripada pakar falak dan kumpulan penyelidik. Kaedah yang baru ini diguna pakai di banyak negara terutamanya di Jordan, Palestin, Oman, Turki. Oleh itu, semua masjid dan surau hendaklah menambah 8 minit daripada waktu Subuh sedia ada.
Contoh perubahan waktu Subuh. Hebahkan kepada semua agar mereka faham kenapa perubahan ini berlaku.
No comments: