Apa Beza Influenza Dengan Selsema Biasa? - MyRating

Apa Beza Influenza Dengan Selsema Biasa?



Minggu lepas, kita terdengar virus ini dikhuatiri menular di sekolah di Cyberjaya dan Klang. Minggu ini menurut laporan Berita Harian kes ini telah berlaku di Kedah pula 

Lapan pelajar sekolah rendah dan menengah serta dua guru di tiga daerah negeri ini disahkan dijangkiti virus Influenza A sejak 1 Januari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Agama negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata seorang pelajar sekolah menengah turut disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) dan seorang guru dijangkiti Influenza B.
Semua kes berkaitan virus Influenza berkenaan dikesan bagi tempoh 1 hingga 9 Januari lalu, di tiga daerah iaitu Kota Setar, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu. 
Sementara itu, menurut laporan dari The Star, SM Sains Teluk Intan telah diarahkan ditutup pada 11 Januari lepas kerana wabak infulenza A ini. Exco Pendidikan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari memberikan kenyataan tersebut dalam The Star. 
Menurut pandangan dari Datuk Dr Zulkifli Ismail (Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik), influenza ini adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru. 
Virus influenza ini mudah berjangkit. Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya membawa kepada kematian. Ada dua jenis Influenza A ini iaitu :
• Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya
• Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya. 

Apakah perbezaan antara influenza dan selesema biasa?
Selesema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema, influenza juga berlaku mengikut musim.
Bagaimana saya boleh melindungi dan mencegah anak saya daripada influenza?
Cara terbaik untuk melindungi anak anda terhadap influenza adalah dengan memberi mereka vaksinasi apabila mencapai umur yang sepatutnya (enam bulan dan ke atas). Kanak-kanak berusia enam hingga lapan bulan memerlukan dua dos dalam tahun pertama mereka diberi vaksinasi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Bersama -samalah kita menjaga anak-anak kita daripada wabak Influenza ini. Galakkan anak kita minum air banyak dan sentiasa mencuci tangan dan muka mereka dengan air bersih. Dalam situasi sekarang ini, elakkan bawa anak anda ke tempat yang ramai orang. 
Moga Allah SWT lindungi negara ini daripada wabak Influenza ini. 

Sumber Berita :
1) 10 jangkitan Influenza A di Kedah
2) School in Teluk Intan ordered to close after H1N1 outbreak
3) Virus influenza mudah berjangkit

No comments:

Powered by Blogger.