4 Kelebihan Surah Al Fatihah - MyRating

4 Kelebihan Surah Al Fatihah

1. SELEPAS SOLAT JUMAAT
Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam), Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.

2. SEBELUM TIDUR
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

3. PENAWAR SEGALA RACUN
Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.

Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”

Kaedah:
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.

4. UBAT SEGALA PENYAKIT

a. Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.

b. Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.

والله أعلم بالصواب

No comments:

Powered by Blogger.