Ole Gunnar Solskjaer Tersilap Pakai Seluar, Punca Manchester United Kalah Semalam
Tiga hari lepas Solskjaer bercakap bukan main kencang lagi. Pengendali Manchester United itu mendakwa rahsia Liverpool sudah ada dalam poket seluarnya kerana berjaya membuatkan Liverpool seri dua kali sebelum ini.
Memang terbaiklah ayat Solskjaer ini, seri pun dah rasa bangga? Hehe kalau lah Alex Ferguson dengar ayat ini, apalah ulasan dia. Berikut adalah ayat-ayat bangga daripada Solskjaer sebelum perlawanan dengan Liverpool di Anfield.
"Sudah tentu ini perlawanan yang sukar. Dua perlawanan terakhir, kami mampu mengikat mereka di Old Trafford. Ia petanda baik bahawa kami mampu mengekang mereka.
"Kemenangan memang menjadi fokus saya dalam setiap perlawanan. Tetapi, saya rasa kami sudah menemui cara bermain yang bagus untuk menghadapi mereka dan mendapatkan mata dalam perlawanan itu,"
Bila keputusan 2-0 semalam, Solskjaer ditanya wartawan kenapa Man United main teruk sangat. Kalau tak kerana bantuan VAR, Man United dah kalah 4-0 dah semalam. Solskjaer menjawab saya baru sedar, bila sampai kat Anfield saya tersilap pakai seluar. Rahsia Liverpool itu dalam poket seluar satu lagi.
Hehe.. kalaulah Gary Neville dengar ini mau kena jari tengah ni..
No comments: