Sebelum Mat Yo, Lapan Orang Pemain Malaysia Ini Bermain Di Liga Thailand - MyRating

Sebelum Mat Yo, Lapan Orang Pemain Malaysia Ini Bermain Di Liga Thailand



Tahniah Mat Yo kerana bermain dengan pasukan Bangkok Glass. Sebelum Mat Yo berkelana ke Liga Thailand berikut adalah senarai pemain pemain yang pernah bermain di Liga Thailand sebelum ini.

1. Dominic Tan
2. Shahrel Fikri
3.Curran Singh Ferns
4. Kiko Insa
5. Chun Keng Hong
6. Khairul Iskandar
7. Suhaidi Akmal
8. Amir Omar Khata 


Dominic Tan, pemain bek kental dari JDT dan untuk pasukan Malaysia bermain dengan pasukan Trat FC dan kemudian bermain dengan kelab Police Tero. 

Hanya membuat satu penampilan bersama Trat FC pada musim lepas dan musim ini, pemain bernombor 30 itu akan beraksi kali bersama Police Tero dalam Thai League 1. Police Tero pada tahun 2019 adalah Naib Juara Thai League 2. 



Pemain kedua adalah Shahrel Fikri, penyerang PKNP FC yang berhijrah untuk bermain dengan pasukan Liga divisyen 1 Thailand, Nakhon Ratchasima FC pada tahun 2018. 

Beraksi dalam 10 perlawanan bersama Nakhon dan menjaringkan 1 gol. Shahrel Fikri kemudian dipinjamkan ke pasukan Perak pada tahun 2019 sebelum balik terus bermain dengan Perak pada tahun ini. 



Pemain ketiga adalah Curran Singh Ferns, pemain kacukan Malaysia - Australia yang sebelum ini bermain dengan JDT, Negeri Sembilan dan Felda United. Telah berhijrah ke Thailand untuk bermain dengan pasukan  Sukhothai sejak tahun 2018 namun pertengahan tahun lepas beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Liga Australia bersama Port Melbourne

Curran Singh Ferns beraksi di bahagian Defensive Midfielder, membuat 14 penampilan dengan Sukhotai FC, tanpa sebarang gol dan sebarang assist. 




Kiko Insa, pemain kelahiran Alicante, Sepanyol dan campuran Malaysia ini pernah bermain di Liga Thailand bersama Bangkok Glass. Kiko Insa merupakan pemain berdarah campuran memandangkan nenek beliau merupakan warganegara Malaysia kelahiran Sabah.

Kiko Insa bermain untuk Bangkok Glass pada tahun 2018 selepas beraksi dengan Pahang sebelum itu. Kiko Insa beraksi dalam 4 perlawanan bersama Bangkok Glass tanpa sebarang gol dan assist. 

Chun Keng Hong (berdiri empat dari kiri) dan Khairul Iskandar (depan, empat dari kiri) bersama pasukan Chanthaburi FC pada 2012. 

Empat lagi pemain yang berhijrah ke Liga Thailand adalah Khairul Iskandar Ismail, Suhaidi Akmal, Chun Keng Hong dan Amir Omar Khata bersama dengan dua orang lain rakan mereka. Empat orang pemain Malaysia ini berhijrah untuk bermain di Liga Thailand pada tahun 2012. 

Mereka berempat bermain dengan sebuah kelab yang berpengkalan di bahagian timur Thailand, Chanthaburi FC, yang ketika itu sedang bersaing dalam Divisyen 1, Liga Thailand. Kelihatan Suhaidi Akmal dan penjaga gol, Amir Omar Khata bersama pasukan Chanthaburi FC dalam gambar di bawah ini. 


No comments:

Powered by Blogger.