5 Filem Asing Paling Trending Di Malaysia Pada Tahun 2019 - MyRating

5 Filem Asing Paling Trending Di Malaysia Pada Tahun 2019

Lima filem ini menjadi carian yang paling banyak dalam Google Malaysia sepanjang tahun 2019. Berikut adalah filem-filemnya...

5. Shazam



Satu lagi watak hero keluaran DC, seorang budak 14 tahun yang boleh bertukar menjadi superhero dengan hanya menyebut "Shazam". Budak ini menjadi superhero bagi mewarisi kebolehan ahli sihir yang dijumpainya dalam gua dalam menentang tujuh kuasa jahat di dunia. 

Filem ini mengutip sejumlah USD$364.6 juta di seluruh dunia dan merupakan filem carian ke-5 paling banyak di Malaysia pada tahun 2019. Carian paling banyak datang daripada negeri Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah. 

4. Alita Battle Angel



Filem Alita Battle Angle ini mendapat kutipan sejumlah USD$404.9 juta di seluruh dunia. Filem arahan James Cameron ini menjadi carian keempat paling popular dalam Google Malaysia pada tahun 2019. 

Paling ramai mencari filem ini adalah orang daripada Sabah, Selangor, Penang, Perak, Melaka, Kuala Lumpur, Sarawak dan Pahang. 


3. Avengers Endgame




Ini adalah filem asing yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia dengan jumlah RM87.5 juta. Filem terakhir Avengers yang menyaksikan kematian Iron Man dan Black Widow dalam menentang kejahatan Thanos. 

Namun dalam carian Google di Malaysia, filem ini berada di tempat ketiga. Carian paling banyak dari Subang Jaya, Petaling Jaya, Ipoh, Ampang Jaya dan Shah Alam. 



2. Captain Marvel




Kisah juruterbang wanita yang menyerap kuasa batu infiniti berwarna biru hingga menjadi cukup power. Boleh membelah kapal Thanos dengan sekali lalu sahaja dan juga kucing makhluk asing yang mencederakan mata Nick Fury. Filem asing ke-9 paling laris di Malaysia dengan kutipan sejumlah RM45.5 juta. 

Menjadi carian kedua popular di Google. Carian paling banyak datang daripada Petaling Jaya, Subang Jaya, Kota Kinabalu, Ampang Jaya dan Shah Alam. Barangkali banyak peminat peminat dari kalangan wanita yang menyaksikan filem ini. Ketua kepada semua heroin yang ada dalam cerita Avengers. 






1. Joker

Filem paling trending di carian Google Malaysia pada tahun 2019 adalah filem Joker. Dengan jumlah kutipan Box Office di seluruh dunia bernilai USD1.07 billion. 

Carian tentang Joker banyak datang dari Cyberjaya, Subang Jaya, Masai, Petaling Jaya, Johor Bharu, Subang dan Sungai Petani. Ohhh ramai orang-orang kat sini minat Joker rupanya. Dalam banyak-banyak filem DC, inilah filem yang boleh kalahkan filem-filem keluaran Marvel. Tahniah Joker. 

No comments:

Powered by Blogger.