Warga Malaysia Pertama Disyaki Terkena Koronavirus - MyRating

Warga Malaysia Pertama Disyaki Terkena Koronavirus

Seorang warga Malaysia pertama disyaki dijangkiti virus Novel Koronavirus, begitulah yang dilaporkan menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia pada 4 Februari 2020 sekitar jam 2.41 petang. 


"Warga Malaysia itu pernah menghadiri mesyuarat di sebuah negara jiran yang turut dihadiri peserta dari China" menurut twitter tersebut. Sehubungan dengan itu, semua kenalan rapat dan ahli keluarga warga Malaysia tersebut kini akan diletakkan di dalam "home surveillance" selama 14 hari. 


Dalam satu ciapan di twitter Bernama, warga Malaysia yang dikatakan dijangkiti itu berusia 41 tahun dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Setakat hari ini, Malaysia sudah mencatatkan 10 kes positif berkaitan novel koronavirus ini. 

Moga semua rakyat Malaysia terus tabah menghadapi situasi ini. Jangan sebarkan berita yang tidak benar dan jangan panik. Semak dulu kesahihan sesuatu berita dari sumber yang sah. Moga Allah SWT sentiasa lindungi negara kita ini. 




No comments:

Powered by Blogger.