Lepas Menang Semalam, Manchester United Masih Boleh Potong Liverpool Di Puncak Liga? - MyRating

Lepas Menang Semalam, Manchester United Masih Boleh Potong Liverpool Di Puncak Liga?


Bukan main lagi bergegar seluruh gua yang ada di planet bumi semalam bila pasukan Setan Merah menang dua kosong dengan Chelsea. Dah la hari hujan, ingatkan guruh ke kilat ke, rupa-rupanya fan Menyu bertempik kerana pasukan mereka menang semalam. Jam 4 pagi tu, gigih betul fan Menyu. Kemenangan pertama sejak 3 game yang lepas. 

Tahniah pada Bruno Fernandes yang buat assist yang pertama untuk pasukan Manchester United. Tahniah juga buat pertahanan paling mahal di planet bumi kerana jaring gol semalam. 

Kemenangan semalam menempatkan Man United di tempat ketujuh liga dan mengumpul sejumlah 38 mata. Banyaknya point Manchester United dapat, takutnya. 

Kalaulah dua gol daripada Chelsea semalam tidak ditolak oleh VAR maka keputusan semalam akan jadi 2-2 dan Manchester United hanya dapat 1 mata sahaja. Namun VAR begitu bermurah hati semalam bila menolak dua gol yang dijaringkan oleh Zouma dan Girourd. 

Apakah dengan kemenangan Manchester United semalam akan membuka harapan pasukan itu untuk menjuarai EPL musim ini? Ya, Manchester United masih berpeluang,dan masih boleh memotong Liverpool untuk menjadi juara musim ini. 

Segalanya boleh berlaku. Ada lagi 13 perlawanan, jika Manchester United bermain dengan cemerlang seperti semalam dan jika VAR pula memberikan bantuan, Manchester United boleh menang semua 13 perlawanan itu dan mengumpul lagi 39 mata, campur dengan 38 mata yang ada sekarang akan jadi 77 mata maka Manchester United boleh menjadi juara dan memotong Liverpool yang mendapat 76 mata sekarang. 

Ye ke? Takutnya dengar tetapi fan fan Manchester United memang sentiasa mendoakan agar Liverpool kalah semua games dan tak menang EPL. Kalau Liverpool menang EPL tahun ini, maka Liverpool akan jadi juara EPL sebanyak 19 kali, Man United pula 20 kali. Ini lah benda yang buat fan fan Menyu bangga gila sampai sekarang. 

Macam mana Liverpool nak halang Manchester United dari memotongnya?

Liverpool hanya perlu seri dua kali sahaja dari 13 perlawanan untuk halang pasukan Setan Merah itu potong. Dapat 78 mata selesai masalah. Biarlah pasukan Setan Merah tu menang semua 13 game pun, mereka tetap tak boleh potong Liverpool dah. Alah senang je kan nak halang Manchester United, ingatkan susah sangat. Hehehe

Kalau ikut matematik, hanya Manchester United di tempat ke-7 yang masih boleh simpan angan-angan untuk potong Liverpool untuk jadi juara EPL. Pasukan di tangga ke-8 (Wolves), 9 - Everton dan 10 - Arsenal sudah boleh melupakan angan-angan nak potong Liverpool biarpun mereka menang semua perlawanan pun. Dah tak boleh potong dah point Liverpool. 

Apa pun bergembiralah wahai penyokong Manchester United untuk minggu ini. Nikmatilah udara segar di luar gua sepuas-puasnya. Boleh dah aim nak potong Manchester City atau Leicester City selepas ini, angan-angan itu lebih realistik daripada angan-angan nak potong Liverpool. 




1 comment:

  1. Apa bodo punya penulis blog..MU dh main 26 games..baki 12 game bukan 13..26+12= 38 games..celah mana 26+13 bukan ke jadi 39 games?celah mana EPL 39 games?1 game tu mai mana?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.