Ahli UMNO Perlukan Presidennya Dalam Kabinet Kerajaan Baru - MyRating

Ahli UMNO Perlukan Presidennya Dalam Kabinet Kerajaan Baru


Petang tadi di Bagan Datuk, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memperlihatkan karakter besarnya dalam berpolitik 

“Saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga Presiden UMNO telah memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik dalam sebarang jawatan Kabinet.

“Saya berdoa semoga Allah Taala memberi hidayah kepada YAB PM melindungi Kerajaan Perikatan Nasional, jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai dan mendapat pengampunan daripada Allah SWT" ujar DS Dr Ahmad Zahid ketika ucapan Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk.

Namun reaksi ahli ahli UMNO di akar umbi berbeza, ada yang menyatakan sokongan agar Presiden UMNO itu dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri berdasarkan hierarkinya dalam parti. 

Komen itu diluahkan ketika siaran LIVE di Facebook Page Ahmad Zahid Hamidi ; 


"Dato Zahid for TPM, calon yang diredhoi PN"

"Sepatutnya jawatan TPM Presiden UMNO layak, parti terbesar" 


Kehadiran DS Dr Ahmad Zahid dalam barisan Kabinet amat perlu bagi membantukan merencanakan program untuk rakyat dan negara. 

Jika berada di luar Kabinet, bagaimana idea dan pandangan yang diutarakan oleh DS Ahmad Zahid hendak dibawa, kerana beliau berada di luar bukannya dalam mesyuarat Kabinet.


Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri harus melantik Presiden UMNO sebagai orang nombor dua dalam Kabinet. Sebagai parti terbesar bersama dengan PAS dalam Perikatan Nasional, maka UMNO layak mengambil posisi TPM. 

Jika tidak terpilih, ahli ahli UMNO dibawah akan terguris kerana melihat Presiden mereka tidak terpilih. Benar Presiden UMNO meminta agar dirinya tidak terpilih dalam Kabinet namun itu bukannya satu alasan untuk PM tidak memilihnya.

Tan Sri Muhyiddin sendiri kenal DS Dr Ahmad Zahid sudah sekian lama. Tahu sifatnya, hati budi dan sifat terpujiya. 

Tan Sri Muhyiddin pun tahu apa yang sedang dilalui oleh DS Dr Ahmad Zahid adalah pendakwaan terpilih dan politik semata-mata.

Tan Sri Muhyiddin sendiri sudah melihat bagaimana saksi-saksi yang hadir dalam perbicaraan berpihak kepada DS Dr Ahmad Zahid. 

Tidak seperti kes terowong dan banglo, kes terus digugurkan sebegitu sahaja dan Ahli Parlimen Bagan terus dilantik menjadi Menteri Kewangan. 

Akhirnya, lihatlah apa yang berlaku pada kewangan negara? Hutang makin bertambah-tambah, ekonomi makin merosot dan ringgit jatuh di zaman Ahli Parlimen Bagan itu menjadi Menteri Kewangan.

Dalam satu kenyataan khas pada 6 Mac 2020, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS menyatakan;

"Dan saya tidak mahu, melempar tuduhan itu ini sebelum proses mahkamah, kerana mengikut konsep kehakiman Islam... kehakiman barat orang yang dituduh belum belum bersalah lagi ...kecuali setelah dibuktikan di mahkamah.."

DS Dr Ahmad Zahid dipilih secara demokrasinya oleh ahli-ahli UMNO sebagai Presiden UMNO. Sudah pasti ahli-ahli UMNO mahu melihat Presidennya mendapat tempat yang sepatutnya dalam Kabinet Perikatan Nasional.

Jika DS Dr Ahmad Zahid tidak dilantik, maka jangan lantik sesiapa pun dari UMNO sebagai TPM. Jika ada TPM lain selain Presiden UMNO, ianya bakal mewujudkan suasana tidak harmoni dalam UMNO.

Pelantikan selain daripada Presiden UMNO boleh memecah-belahkan parti UMNO dan jika itu berlaku maka hayat Perikatan Nasional juga tidak mungkin bertahan lama. 

Presiden UMNO ini sangat berjiwa besar dan berlapang dada untuk tidak diberikan jawatan dalam Kabinet baru Perikatan Nasional. 

Tuan Presiden, demi kekuatan parti, kami ahli-ahli UMNO mahukan Presiden UMNO sebagai TPM kami. TPM untuk rakyat Malaysia bersama-sama dengan PM bagi membantu memulihkan semula negara ini.

No comments:

Powered by Blogger.