13 Hari Sahaja Lagi Untuk Liverpool Menjadi Juara EPL - MyRating

13 Hari Sahaja Lagi Untuk Liverpool Menjadi Juara EPL



Tanpa kehadiran playmaker terbaik mereka semalam, Kevin De Bruyne, Manchester City tumpas dua kosong dengan Manchester United di Old Trafford. De Bruyne mengalamai back injury masa final Carabao Cup dan tidak dapat beraksi semalam. 

Ternyata, Manchester United menggunakan sepenuhnya peluang itu semalam biarpun possesion ball hanyalah 23% sahaja. Kemenangan Manchester United ini juga membuka peluang yang lebih cerah kepada Liverpool untuk menjadi juara EPL dengan lebih cepat lagi. 

Paling cepat Liverpool boleh menjadi juara adalah pada 22 Mac 2020 ini, lagi 13 hari sahaja ketika menentang Crystal Palace di Anfield. Liverpool hanya perlukan lagi 6 mata untuk menjuarai EPL. 

Kalau tak kalah dengan Watford hari itu, masa lawan Everton pada 17 Mac 2020 ni dah Liverpool dah boleh jadi juara EPL. Tapi nak buat macam mana, sesekali kalah ok gak kan.



Ini kerana berdasarkan pengiraan, Manchester City yang berada di tempat kedua tinggal lagi 10 perlawanan, jika mereka menang semua perlawanan mereka akan kumpul 57 mata + 30 mata = 87 mata. 

Liverpool sekarang sudah mendapat 82 mata, 25 mata meninggalkan City. Jika menang lagi dua perlawanan, Liverpool akan mengumpul 88 mata, dan mata itu tidak boleh dipotong lagi oleh Manchester City. 

Terima kasih lah kepada Manchester United kerana menang semalam. 


No comments:

Powered by Blogger.