Bersikap Jujurlah, Kasihanilah Sama Mereka Ini
Mereka juga ada keluarga seperti orang lain. Mereka ada anak, isteri dan ibu bapa di rumah.
Tatkala orang lain stay at home bersama keluarga, seluruh staff Kementerian Kesihatan termasuk YB Menteri Kesihatan bertungkus lumus 24 jam sehari untuk menanggani wabak Covid19.
Jadi bersikap jujurlah bila datang ke Klinik Kesihatan. Jangan berbohong dan menipu. Cakaplah benda yang betul agar tidak menyusahkan staff KKM yang juga punyai anak, isteri dan keluarga.

Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti Kesihatan untuk bersikap jujur.
Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19.
Jika anda mempunyai gejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti Kesihatan yang patut anda kunjungi.
Lihat bagaimana anggota kami perlu membersihkan salah sebuah Jabatan Pesakit Luar di fasiliti Kesihatan setelah mengetahui seorang pesakit yang datang mendapatkan Rawatan sebelumnya positif Covid-19. Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini.
Lebih malang lagi, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif virus COVID-19.
Salah seorang mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Bantulah kami untuk membantu anda.
Dari Facebook, Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia
No comments: