Minum Air Masak Untuk Kekal Segar, Ini Mesej YB Menteri Kesihatan - MyRating

Minum Air Masak Untuk Kekal Segar, Ini Mesej YB Menteri Kesihatan

Ini salah seorang doktor yang aktif troll di twitter, bila check check balik bekas peserta Bersih rupanya. Patutlah. Tidak pasti pula dia doktor kerajaan atau swasta? 

Ada dua persoalan untuk doktor bekas peserta Bersih ini.

Pertama, apa dosa air yang di masak /warm sehingga dihina tidak membantu menanggani jangkitan virus?

Soalan kedua, apa ada ubat lain setakat ini utk rawat Covid19?

Jawabnya tidak ada, kalau ada pun vaccines yang belum dibangunkan untuk digunakan atau ubat-ubat yang baru diuji sahaja.

Dari sibuk jadi cytro untuk troll, lebih baiklah fokus kerja menyelamatkan orang. Itu lebih baik kan?

Tidak habis-habis cybertrooper PH hendak spin dan putar isu. Tatkala Menteri Kesihatan dan semua staff Kementerian Kesihatan bertungkus lumus bertugas 24 jam sehari untuk tanggani virus Covid19, cytro PH pula menyibuk spin cerita. 


Mereka putar belit kenyataan YB Menteri Kesihatan dalam siaran langsung RTM. Datuk Seri Dr Adham Baba syorkan rakyat Malaysia agar sentiasa meminum air yang suam agar dapat singkirkan bakteria yang ada pada kerongkong.

Bila air melalui kerongkong maka virus / bakteria itu akan terus ke usus manusia dan seterusnya ke sistem perkumuhan. Apa yang diputar belit adalah kononnya YB Menteri Kesihatan cakap minum air masak boleh sembuhkan Covid19.

Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Amat jauh sekali tafsiran yang cuba diputarbelit oleh geng-geng PH ini. Menurut Datuk Seri Dr Adham Baba lagi,

"Tetapi bila saya kata seperti saya sebut sebelum ini lebih ramai orang Melayu minum air masak suam untuk keep segar" ujarnya.

Datuk Seri Dr Adham sarankan agar orang kampung dan rakyat Malaysia banyak minum air masak untuk kekalkan kesihatan mereka.

Mesej yang cuba disampaikan adalah agar rakyat Malaysia terutamanya di kampung sentiasa minum air masak. Agar dapat mengubah mentaliti sebelum ini yang kurang meminum air masak.

Apa cytro PH dah lupa ke ayat minum sesudu sawit sehari?  Mana lagi baik minum air masak atau sesudu sawit?

No comments:

Powered by Blogger.