Cybertrooper PH Kering Modal, Sengaja Hendak Ganggu Dr Adham Bekerja. - MyRating

Cybertrooper PH Kering Modal, Sengaja Hendak Ganggu Dr Adham Bekerja.


Selepas beliau mengangkat sumpah menjadi Menteri Kesihatan, diari Datuk Seri Dr Adham Baba memang padat. Terus bertugas dan turun padang di KLIA, AKEPT Hospital Sungai Buloh dan hingga ke Johor untuk menanggani Covid19.

Pada 11 Mac 2020, Datuk Seri Dr. Adham Baba telah mengadakan lawatan ke Akademi Latihan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk melihat dengan lebih dekat Person Under Surveiliance (PUS) seramai 68 orang yang dibawa pulang dari Wuhan, China dalam misi fasa ke-2 dan telah dikuarantin di AKEPT, Nilai.

Mereka terdiri dari 48 warganegara Malaysia manakala 20 bukan warganegara Malaysia selepas melalui pemantauan selama 14 hari.

Melawat orang yang pulang dari Wuhan tu. Siapa pun tidak berani datang kalau tahu mereka baru pulang dari Wuhan, tapi Datuk Seri Dr Adham datang juga demi tugasnya. 



PH melihat intensiti kerja Dr Adham lebih laju dan aktif dari Menteri mereka sebelumnya. Mulalah mereka dengki dan hendak mencari salah. Jadi terpaksalah mainkan video Dr Adham buat tutorial pakai mask di Hospital Sungai Buloh sebagai bahan.

Eh..tidak ada isu apa pun tutorial itu. Tunjuk tanda peace pun nak dijadikan isu?. Penyokong PH kena sedarlah, masa Menteri PH dulu lagi merapu dan teruk. Tengoklah sendiri ketika sidang media PH dulu, Menteri Pelancongan PH pula yang lebih pandai dari Menteri Kesihatan PH bila buat sidang media mengenai lawatan ke Masjid Putrajaya.

Lagi satu adalah mengenai larangan orang luar negara masuk ke negara ini. Semasa di era PH, mereka tidak buat kenyataan yang betul bila masih membenarkan rakyat dari negara yang dijangkiti Covid19 datang ke sini.

Perkara itu telah diperbetulkan oleh Menteri Perikatan Nasional bila tidak membenarkan warga Itali, Iran dan Korea Selatan serta warga asing lain yang pernah ke negara tersebut atau transit untuk memasuki Malaysia.

Termasuklah melarang sebarang aktiviti atau himpunan yang besar diadakan. Ini perkara besar yang dibuat di era Perikatan Nasional. Koordinasi kerja antara agensi keselamatan, NGO, pihak awam nampak lebih kemas dan tersusun kali ini. 



Ramai tidak tahu, Dr Adham sendiri bekerja keras hingga ke lewat malam untuk tanggani Covid19 ini. Semua ini dilakukan untuk negara ini. Jadi usahlah dilayan sindiran, troll dan usikan nakal yang dibuat oleh cybertrooper PH ini.

PH ini masa diberi kuasa selama 22 bulan, apa mereka sudah buat? Dr Adham belum sampai pun 10 hari jadi Menteri Kesihatan tetapi sudah nampak impak kerja keras beliau.

Bantulah negara dan usaha yang dilakukan oleh Dr Adham dan semua agensi Kesihatan negara. Jangan layan puak puak PH ini. Kalau mereka usik juga, silah beramai-ramai kenduri di posting mereka itu.

No comments:

Powered by Blogger.