Dr Adham Bekerja Di Hari Cuti Untuk Atasi Covid19, Tuduhan PH Tidak Betul - MyRating

Dr Adham Bekerja Di Hari Cuti Untuk Atasi Covid19, Tuduhan PH Tidak Betul



YB  Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan ke Hospital Permai pada 15 Mac 2020 pada hari Ahad untuk membuat lawatan kerja di sana. Pada hari Ahad, hari cuti pun Menteri Kesihatan tetap turun padang untuk bersama-sama atasi wabak Covid19 ini. 



Sepanjang hari Ahad, Dr Adham bertugas di Bangunan Sultan Iskandar - BSI, Kompleks Kastam, Immigresen dan Kuarantin CIQ Johor. Melihat kerja imbasan pengunjung ke Malaysia serta bermesyuarat dengan kerajaan negeri Johor mengenai Covid19. 

Dr Adham dalam gambar di  bawah ini sedang meneliti imbasan yang dibuat di CIQ Johor. Semua kerja ini dibuat pada hari Ahad, hari cuti. Jadi jangan dengar sangat tuduhan yang dibuat oleh pihak PH yang baru jadi pembangkang kembali ini. 


"Saya di CIQ sehari tadi mengetuai tindakan tegas cegah Covid19 di pintu masuk utama negara. Sejumlah 6.8 juta pengunjung disaring oleh staff Kementerian Kesihatan Malaysia selama sebulan setengah. Mereka ini bekerja 24 jam sehari. Kita terus bertugas untuk selamatkan nyawa rakyat Malaysia" ujar Dr Adham ketika memberi respon kepada tuduhan jahat yang dibuat oleh pembangkang yang mendakwa Menteri tidak bekerja semasa hari cuti. 


Dakwaan yang dibuat oleh tweethandle bernama Nadia J (@AchuNadia) ini adalah tidak berasas sama sekali jika pembaca sekalian melihat sendiri kerja yang telah dilakukan oleh YB Menteri Kesihatan pada hari Ahad lepas. Gambar-gambar di atas menjadi bukti. 

Pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan liar sebegini kerana ianya memberi persepsi buruk bukan sahaja pada Menteri Kesihatan tetapi seluruh anggota Kementerian Kesihatan yang bekerja 24 jam sehari untuk memastikan negara ini selamat daripada Covid19. 


Kenapa Dr Adham turun Johor? YB Menteri Kesihatan juga telah menyusun gerak kerja agar Timbalan Menteri Kesihatan 1 bergerak di Utara dan Timbalan Menteri Kesihatan 2 bergerak di Sabah dan Sarawak. Agihan tugas telah dibuat, jadi jangan hendak pandai pandai membawang dan menuduh Menteri dan Timbalan Menteri tidak bekerja di hari cuti ya. 



Posting yang dibuat oleh Suara Rakyat ini jelas sekali tidak benar dan berniat melaga-lagakan Menteri dengan Ketua Pengarah Kesihatan. Suara Rakyat ini hanya pandai menuduh sahaja, mereka tidak tahu pun Menteri sudah turun di lapangan pada hari cuti. Duduk depan keyboard dan monitor senanglah hendak tuduh apa pun. 

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan hasutan PH ini. Tidak serik lagi ke kena tipu dengan PH masa PRU14 dulu? 


No comments:

Powered by Blogger.