Kalau Dengar Pesanan Mane Ini, Mungkin Liverpool Tak Kalah Dengan Watford - MyRating

Kalau Dengar Pesanan Mane Ini, Mungkin Liverpool Tak Kalah Dengan Watford


Individu yang bernama Ismaila Sarr dari Senegal ini yang bertanggungjawab menumpaskan Liverpool tiga kosong baru baru ini. Mengakhiri rekod 44 perlawanan EPL tanpa kalah buat The Reds dan 28 perlawanan tanpa kalah musim ini. 

Dua gol jaringan Ismaila Sarr ini pada minit ke-54 dan pada minit ke-60 terus meranapkan Liverpool pada 1 Mac 2020 yang lepas di Vicarage Road. Seronok bukan main lagi penyokong-penyokong Arsenal bila mendapat tahu Liverpool kalah pada hari itu kerana kekalahan Liverpool itu menghancurkan terus harapan Liverpool untuk memotong Arsenal sebagai invicible team pada musim ini. 



Laju sungguh Ismaila Sarr ini berlari sewaktu gol yang kedua, menumpaskan Van Dijk dan Lovren sekaligus sebelum meledak gol melepasi Allison. Untuk musim ini Ismaila Sarr baru je menjaringkan 5 gol dari 18 perlawanan dan dua gol dari lima itu dijaringkan semasa melawan Liverpool. 

Power betul rakan senegara Mane ini. Dulu lagi Mane dah pesan, baca pesanan Mane pada Robbo pada 26 Ogos 2019 tu, Mane kata pemain ini bahaya dan boleh tumpaskan Robbo tetapi Robbo tak nak dengaq, last sekali tengoklah apa yang dah jadi. 

Hasilnya kekalahan pertama Liverpool musim ini. Sebenarnya bagus gak Liverpool ni kalah selepas menang berpuluh puluh kali. Ada semusim tu Liverpool kena belasah 5-0 dengan Manchester City, tapi selepas kekalahan itu, Liverpool bangkit dan menjadi lebih kuat lagi. 

Itulah prinsip Liverpool, bangkit dan lawan balik dengan lebih kuat. Terbaiklah Liverpool. Jadi jangan seronok sangat ye fan fan Arsenal, ingat sama pasukan anda itu berada di nombor berapa?





No comments:

Powered by Blogger.