Penyokong Liverpool Marah Dengan Laporan Asteroid Hendak Melanggar Bumi - MyRating

Penyokong Liverpool Marah Dengan Laporan Asteroid Hendak Melanggar Bumi



Semalam, satu laporan dibuat oleh 



menyatakan bahawa ada Asteroid sepanjang 4.1 kilometer lebar akan menghentam bumi pada 29 April 2020 ini. 

NASA melaporkan asteroid itu sedang bergerak pada kelajuan 8.7 kilometer per second atau 19,461 mph (31,320 kmh). 

Menurut Planetary Society, jika ada asteroid lebih besar dari 1 kilometer, ianya cukup untuk menyebabkan kemusnahan global. Maksudnya akan menyebabkan kemusnahan teruk di seluruh dunia? Mungkin begitulah ramalan kajian itu. 



Oleh kerana itu, penyokong-penyokong Liverpool yang masih bermuram dengan kekalahan berturut-turut dengan Atletico Madrid, Watford dan Chelsea menjadi begitu emosional sekali dan menyatakan musuh utama Liverpool sekarang bukanlah Manchester United tetapi Coronavirus dan Asteroid. 

Wah tinggi sekali makam dan darjat Liverpool kalau begitu, sudah pasti berita ini akan membuatkan penyokong Manchester United dan Arsenal kepanasan. Liverpool perlukan lagi 4 kemenangan atau 12 mata sahaja untuk menjuarai EPL. 

Kalau campur Manchester United dan Arsenal buat kerajaan gabungan campur dua point yang mereka ada pun masih lagi tak boleh potong Liverpool. Lagi best, kalau Liverpool kalah semua season ini pun, Manchester United dan Arsenal masih lagi tak boleh potong Liverpool. 

Jadi musuh sebenar Liverpool adalah Coronavirus dan Asteroid je. 






No comments:

Powered by Blogger.