Pemain Muda Liverpool Ini Cukup Merendah Diri Sekali - MyRating

Pemain Muda Liverpool Ini Cukup Merendah Diri Sekali


Bagus sungguh pemain muda Liverpool ini. Biarpun baru berusia 19 tahun, tapi dia begitu humble dan tidak besar kepala seperti Budak Budak Baru Nak Up dalam pasukan-pasukan lain. 

Pemain muda Liverpool, Curtis Jones, menyatakan kesediaannya untuk belajar dari kesilapan selepas Liverpool gagal layak ke suku akhir Piala FA.

Pemain yang bermain sebagai pemain tengah itu mengatakan bahawa dia dan pemain muda lain dalam pasukannya telah memperoleh pengalaman yang cukup penting sepanjang pertandingan untuk musim ini.

"Permainan seperti ini telah menjadi pengalaman yang luar biasa untuk pemain seperti saya dan Neco (Williams)".

Kami menghadapi pasukan yang luar biasa (Chelsea) dan saya fikir kami telah bertarung seperti perlawanan terakhir kami.

"Kami memulakan perlawanan dengan cukup baik tetapi jelas kami tidak dapat mendapatkan keputusan yang kami mahukan, dari segi peribadi saya juga kecewa kerana saya tidak dapat menunjukkan prestasi yang memuaskan dan tidak mampu bawa pasukan untuk pusingan seterusnya," kata Curtis Jones dalam satu kenyataan yang dipetik oleh laman rasmi Liverpool.

Jadi tidak sia-sia Klopp mendedahkan pemain-pemain muda ini bermain dan mencari pengalaman. Akhirnya bila pendedahan yang kerap ini diberi, mereka akan menjadi bertambah matang. Salah seorang pemain mudah yang matang di bawah Klopp adalah Alexander Arnold. 

Terbaiklah Liverpool, moga ramai lagi pemain muda seperti ini. 

No comments:

Powered by Blogger.