Serangan Halus Terhadap UMNO & Perikatan Nasional Selepas Ambil Alih Putrajaya - MyRating

Serangan Halus Terhadap UMNO & Perikatan Nasional Selepas Ambil Alih Putrajaya


Kelihatan kini, ada beberapa perkara yang mengancam UMNO :

Pertamanya, serangan ke atas UMNO oleh kelompok tertentu yang berkait dengan pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang kelihatan taksub dan obses kepada pemimpin-pemimpin tertentu.

Mereka ini mula menyerang dengan mengecam UMNO dengan pelbagai tuduhan tidak betul seperti UMNO tamak kuasa dan UMNO gila kuasa.

Kumpulan ini juga mendakwa kononnya penubuhan kerajaan terkini adalah tidak bermaruah. Mereka juga menjual terma ' rakyat ', (hilang sudah terma ‘akar umbi’). 

Serangan mereka ini halus terhadap UMNO, BN dan Muafakat Nasional. Namun yang anehnya, kelompok penyerang ini semua adalah Pro UMNO, gah mendakwa mereka lah yang berjuang sehingga UMNO mampu bangkit semula.

Benarkah mereka ini berjuang ketika UMNO susah selama 22 bulan lepas? Benarkah? Selepas UMNO kembali menang bersama Perikatan Nasional, baru muncul kembali muka-muka yang lama sangat menghilang.

Mereka membuat tanggapan bahawa Perikatan Nasional kukuh dan bersikap terlalu yakin sedangkan realitinya Perikatan Nasional ini baru bergabung dan organisasinya masih dalam proses pembentukan.

Mereka juga beri cadangan agar UMNO jangan ambil apa-apa jawatan dalam kerajaan. Mereka kata UMNO jangan gila kuasa dan jawatan. Mereka dakwa kononnya apa yang telah terjadi (kekalahan PRU lalu) kerana UMNO gila kuasa, jawatan dan pentingkan diri sendiri.

Peliknya kumpulan yang menyerang ini
tidak pula meraikan kejatuhan kerajaan PH, kerajaan tanpa Tun Mahathir, DAP dan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka tidak buat begitu? 

Oleh itu, siapakah sebenarnya mereka ini? Apa motif mereka serang UMNO dan Perikatan Nasional sebegitu rupa? Mereka ini disuruh oleh PH untuk lemahkan UMNO dari dalam? 

Di media sosial, sudah wujud ratusan akaun fake untuk serang UMNO, PAS dan Perikatan Nasional. Akaun fake ini sebarkan kenyataan palsu pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO.

Ini satu strategi halus yang dibuat oleh musuh UMNO, PAS dan Perikatan Nasional. Mereka tidak nampak memakai uniform Red Bean Army atau PH untuk menyerang, tetapi serangan anai-anai sebegini yang amat bahaya dan harus ditanggani oleh kerajaan baru Malaysia.

Putrajaya harus tegas dalam hal ini. SKMM perlu dirombak. Ahli-ahli UMNO dan PAS harus tenang dan jangan mudah terperdaya dengan strategi serangan gerila ini. Kekal istiqomah dengan apa yang telah dilakukan. Lawan balik serangan ini dan dedahkan identiti sebenar mereka.

Cukuplah sekali Putrajaya tumbang kerana persepsi, jangan biar ianya terjadi sekali lagi.


No comments:

Powered by Blogger.