Banyak Rupanya Kapal Jepun Yang Tenggelam Di Selat Melaka
Dilaporkan banyak kapal yang telah tenggelam di perairan Pulau Pinang, sejak 80 tahun yang lalu. Separuh daripada kapal-kapal tersebut, adalah milik Angkatan Laut Impirial Jepun (IJN) semasa Perang Dunia Kedua.
Kapal-kapal yang telah tenggelam di perairan Pulau Pinang, adalah kapal kruiser ringan kelas Kuma dan Haguro, serta kapal lojistik Chosa Maru milik IJN, serta diikuti oleh kapal-kapal lain seperti kapal Taiwan, kapal simen dan
juga kapal SS Sun Vista.
Pada 20 Ogos 1943, kapal lojistik IJN "Chosa Maru", telah ditenggelamkan oleh kapal selam Belanda "O-24" di selatan Pulau Pinang, yang telah mengorbankan 5 orang anak kapal.
Pada 11 Jan 1944, kapal kruiser "Kuma" yang seberat 5,500 tan, telah diserang oleh kapal selam British HMS "Tally-Ho", kira-kira 16km dari barat laut Pulau Pinang, yangmana telah mengorbankan 138 orang anak kapal.
Pada 16 Mei 1945, kapal kruiser kelas "Haguro" telah diserang oleh flotila kapal pemusnah British didalam "Operasi Dukedom". "Haguro" telah tenggelam pada jarak 48 batu nautika (89km) dari Pulau Pinang. Kira-kira 900 orang anak kapal telah terkorban.
Rangka kapal-kapal ini, telah pun ditemui oleh sekumpulan penyelam Australia, berserta jurugambar Kevin Denlay pada tahun 2004.
No comments: