Mengapa Portal Pro PH Serang Dr Norhisham Pula?
Selama empat minggu yang lepas, bertubi-tubi PH cuba menyerang Menteri Kesihatan. Ada-ada sahaja perkara yang Menteri Kesihatan tersilap sebut mereka sensasikan untuk serang Menteri Kesihatan. Namun apa yang diserang tidak menjadi. Menteri Kesihatan telah bercakap dengan performance nya yang baik.
Kadar sembuh pesakit Covid19 di Malaysia adalah yang paling tinggi sekali di dunia, iaitu pada kadar 60% lebih. Malah kes sembuh setiap hari boleh dikatakan melebihi kes baru dan ini telah berlarutan lebih daripada seminggu.
Semua ini dicapai oleh Menteri Kesihatan di zaman Perikatan Nasional, dan bukannya ketika era PH. Semua orang mulai kenal Dr Norhisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan ketika zaman PN, dan bukannya PH.
Sila lihat kembali satu video pada 12 Februari 2020, yang mana pihak media ditanya tentang kelulusan tentang satu himpunan tabligh di Kuala Lumpur. Siapa yang menjawab dalam sidang media itu? Semua ada, termasuklah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan. Dr Norhisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan hanya dipinggirkan sebegitu sahaja.
Apa jawapan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan PH? Ini jawapan mereka
"Tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO".
Dr Norhisham hanya dikenali di zaman PN. YB Menteri Kesihatan memberikan sepenuh kepercayaan kepada Dr Norhisham untuk berada di hadapan televisyen, manakala YB Menteri menguruskan hal-hal polisi dan dasar yang lebih penting. Setiap hari, YB Menteri Kesihatan PN melihat semua fakta dan angka yang ada sebelum mengambil sesuatu tindakan baru untuk memerangi Covid19.
Hasilnya alhamdulillah, sesudah hampir 40 hari PKP, keadaaan di Malaysia sudah semakin baik. Biarlah orang mengenali Dr Norhisham pun, tetapi Menteri Kesihatan PN membuat tindakan yang betul untuk negara ini.
Dr Jemilah, Penasihat Kesihatan Awam kepada YAB Perdana Menteri pun sudah melahirkan kebimbangan tentang dakwaan-dakwaan tidak benar yang dibuat oleh sesetengah pihak terhadap Kementerian Kesihatan. Baca pautan artikel di The Rakyat Insight ini.
Malah siang tadi, bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pun melahirkan kebimbangan tentang serangan yang dibuat oleh portal pro PH yang bernama Asia Sentinel terhadap Dr Norhisham. Apa tujuan portal ini hendak serang Dr Norhisham pula?
Apakah selama ini Dr Norhisham dan Kementerian Kesihatan membuat benda yang tidak betul untuk perangi Covid19? Tidak, Dr Norhisham buat perkara yang betul bersama sama dengan YB Menteri Kesihatan PN.
Nampaknya PH sudah terdesak, mereka sanggup mempolitikkan usaha untuk memerangi Covid19 ini sebagai bahan politik mereka. Ini tindakan yang tidak patut sama sekali. Apa yang dibuat oleh kerajaan PN adalah betul dan berada di landasan yang sepatutnya.
Mengapa PH masih lagi hendak mempolitikkan perkara ini? Bodoh sekali. Sampai begitu teruk sekali mereka ini berpolitik. Hal keselamatan rakyat pun hendak dipolitikkan.
Menyerang Dr Norhisham adalah kesilapan besar buat PH. Teruk sangat dah politik PH ini. Atau PH dah mulai sedar Dr Norhisham ini adalah produk di zaman PN, maka sebab itulah PH mulai attack dia?
Ya lah, sebelum ini di zaman PH, mereka tidak beri pun ruang kepada Dr Norhisham kan??
Ya lah, sebelum ini di zaman PH, mereka tidak beri pun ruang kepada Dr Norhisham kan??
No comments: