Hari Ke-40 PKP, Malaysia Di Jalan Kemenangan Melawan Covid19
Hari ini hari ke-40 rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan
Pergerakan, PKP. Hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Tanda-tanda kemenangan
melawan Covid19 sudah jelas kelihatan.
Semua ini terhasil kerana disiplin dan kepatuhan yang tinggi yang
ditunjukkan oleh semua rakyat Malaysia. Tiada sesiapa pun menjangka hanya
dengan duduk di rumah, lakukan penjarakkan sosial dan jaga kebersihan diri maka
kita akan menang melawan Covid19 ini. Ya, lakukan tiga perkara itu sahaja dan
kita sedang berada di landasan untuk menang.
Malah Ketua Pasukan pakar perubatan China dan pelancong-pelancong asing
yang terperangkap di Malaysia pun kagum dengan cara Malaysia melawan Covid19.
“Kami dapati Malaysia telah mampu mengawal wabak ini dengan berjaya.
Pihak hospital juga menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.
Melihat perkembangan wabak Covid-19 di Malaysia sejak beberapa hari
kebelakangan ini, kes baharu telah menunjukkan penurunan yang ketara manakala
jumlah pesakit yang sembuh dan discaj dari hospital telah bertambah dan
jumlahnya lebih banyak berbanding kes baharu”
kata Ketua Pasukan pakar perubatan China, Dr Li Jun dalam satu
artikel terbitan Sinar Harian bertajuk “Malaysia dan Covid-19 dari kaca mata pakar China”
Dua hari lepas, The Star menyiarkan
artikel bertajuk “Stranded tourists in Malaysia applaud the MCO to
curb Covid-19”, seorang pelancong dari Jerman bernama Ken Döscher menyatakan ;
"If you look at the cases in most European countries
and the United States, you see that their numbers are way higher than the
numbers here in Malaysia. And they all started to react rather late.
"Malaysia started this MCO after having
just around 1,000 cases, quite early compared to the European countries or to
the US, but I think that’s good and necessary,” ujar Ken Döscher
Malah satu pasangan dari Kanada, Ivana
Wibowo dan Steve Greig kagum dengan cara kerajaan Malaysia mengatasi wabak
Covid19.
"We feel that it has been very organised. The
government is taking it seriously with the rules and punishments,” ujar
pasangan itu dalam email kepada The Star.
“We can only get back home with multiple flight connections.
There is a risk of being stranded somewhere else if connecting flights are
cancelled, Plus we feel safe here in Malaysia with the MCO taking place,” kata pasangan tersebut lagi.
Hari ke-40 PKP, situasi di Malaysia lebih
baik berbanding negara-negara lain di dunia. Jumlah kes bagi negara Amerika
Syarikat telah menghampiri ke angka 1 juta dan kadar peratusan adalah 32.19%
dari jumlah kes di dunia. Manakala, kadar peratusan kematian paling tinggi
adalah 15.08% di negara Belgium.
Di Malaysia, kadar kematian hanya 1.71% daripada keseluruhan
kes. Manakala kadar pesakit yang sembuh pula adalah 65.52% atau seramai 3,762
orang. Kadar sembuh ini adalah paling tinggi di dunia. Tahniah Malaysia.
Terima kasih YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB
Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, seluruh frontliner
dan backliner dan semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda semua adalah
wira semua rakyat Malaysia.
Insyallah, Malaysia sudah berada di landasan
kemenangan
#KitaMestiMenang
No comments: