Kerjasama Kementerian Berjaya Tambah Kapasiti Makmal Ujian Covid19 - MyRating

Kerjasama Kementerian Berjaya Tambah Kapasiti Makmal Ujian Covid19


Kerjasama antara kementerian kini telah berjaya menambah kapasiti makmal ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 di seluruh negara.

Kementerian terbabit termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di institusi pengajian tinggi, hospital pengajar universiti (HPU), termasuk satu makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan lokasi panas.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata dengan kerjasama itu kapasiti atau keupayaan keseluruhan makmal kini bertambah dan bakal meningkat sehingga 11,000 kes sehari.

"Kita mesti menang, sebab itu keupayaan atau kapasiti makmal, fasiliti berkaitan mesti dipertingkatkan.

"Manakala semua pihak mesti terus berjuang untuk putuskan rantaian penularan COVID-19.

"Duduk rumah, jaga kebersihan, penjarakan sosial, hentikan rantaian penularan (break the chain)," katanya ketika ditemubual melalui telefon oleh RTM dalam program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.



Beliau membuat tinjauan lapangan bagi melihat sendiri operasi dan kesiapsiagaan petugas barisan hadapan dan makmal di Institut Biologikal Perubatan UKM (UMBI), Cheras, semalam.

Dr Adham yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan ketika gelombang kedua COVID-19 melanda negara melakukan tinjauan lapangan sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan itu pada petang 10 Mac lalu.



Pada hari pertama bertugas, beliau telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melihat sendiri operasi dan kesiapsagaan petugas barisan hadapan di pintu masuk utama negara.



Siri tinjauan lapangan beliau diteruskan hampir setiap hari antaranya ke Hospital Kuala Lumpur, kelmarin, Hospital Sungai Buloh, dan Hospital Selayang di Selangor, Hospital Putrajaya, Hospital Kluang dan fasiliti gudang Pharmaniaga Shah Alam.

Tahniah kepada Datuk Seri Adham Baba dan pasukan KKM yang telah melakukan kerja yang terbaik untuk negara ini. Insyallah kita akan menang.

#WeMustWin
#KitaAkanMenang

No comments:

Powered by Blogger.