Presiden UEFA Cakap Liverpool Layak Ditabalkan Jadi Juara EPL - MyRating

Presiden UEFA Cakap Liverpool Layak Ditabalkan Jadi Juara EPL


VIENNA: Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mengesahkan bahawa, Liverpool sudah pasti akan bergelar Juara Liga walau ada ancaman untuk Liga dibatalkan kerana penularan virus Covid-19.

Hal ini terjadi selepas skuad Jurgen Klopp berada 25 mata di atas Manchester City pada ketika ini dalam kedudukan liga.

Dalam kenyataannya di Vienna, Ceferin menegaskan bahawa Liverpool berada dalam kedudukan sukar untuk dicabar lagi untuk perebutan kejuaraan liga.

Tidak kira saingan liga ini diteruskan ataupun tidak, potensi Liverpool untuk bergelar juara tidak akan terjejas.

Ceferin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa :

“Tidak mungkin Liverpool akan menamatkan musim ini tanpa kejuaraan Liga Perdana.”

“Secara teorinya, jika saingan Liga diteruskan, mereka sudah tentu akan memenanginya.”

“Benar mereka masih belum sah bergelar juara musim ini, namun mereka sebenarnya sudah sangat hampir pasti untuk memenanginya.”

“sekiranya keadaan memaksa untuk Liga tidak boleh diteruskan, kita akan cari cara lain.”

“Sekali lagi saya katakan, saya tak nampak pun senario yang menyebabkan Liverpool tidak boleh diberikan gelaran Liga musim ini.”

“Saya faham sudah pasti peminat akan kecewa apabila perlawanan diadakan secara tertutup tanpa penyokong. Namun saya percaya apa jua cara, mereka akan memenangi liga musim ini.”



Sebelum ini, Ceferin mengecam mana-mana liga yang cuba menamatkan atau membatalkan liga mereka lebih awal dari jangkaan.

Kerana menurut UEFA, jika perkara seperti itu berlaku maka tiada pemenang yang patut diiktiraf.

Namun untuk situasi seperti Liverpool, mereka sangat hampir untuk bergelar Juara dan jauh meninggalkan pesaing, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Sepanyol dan Itali.

Semalam FIFA sudah mengesahkan bahawa musim ini akan dipanjangkan lagi tanpa perlu memikirkan tarikh permulaan musim hadapan.

Ceferin juga menafikan bahawa UEFA memberikan tekanan kepada ahli gabungannya bahawa kejohanan UCL dan UEL perlu ditamatkan menjelang 3 Ogos 2020.

UEFA dalam kenyataan mereka menegaskan bahawa. kenyataan tersebut adalah palsu, di mana Presiden mereka tidak pernah memberikan tarikh khusus untuk musim ini.

Ceferin menyatakan UEFA lebih mengutamakan musim ini berbanding dengan musim akan datang.

Malah, UEFA juga sudah menukar tarikh EURO 2020 ke tahun hadapan untuk membantu mengosongkan kalendar antarabangsa bagi kegunaan liga domestik menamatkan musim ini.

Selain daripada itu, kesemua perlawanan kompetitif dan persahabatan antarabangsa juga dikeluarkan daripada kalendar buat sementara waktu.

UEFA masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk Liga Juara Juara Eropah dan juga Liga Europa.

Segala keputusan akan diumumkan oleh pihak UEFA sendiri.

No comments:

Powered by Blogger.