Peguam YB Menteri Kesihatan Hantar Letter Of Demand Kepada NGO C4 - MyRating

Peguam YB Menteri Kesihatan Hantar Letter Of Demand Kepada NGO C4



YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menerusi peguamnya Naseer Yusof telah menghantar “letter of demand” sejumlah RM30 juta kepada NGO C4 Center(Center to Combat Corruption & Cronyism) di pejabat NGO tersebut di Petaling Jaya.

Difahamkan sekiranya gagal menghantar surat itu di Petaling Jaya, pihak peguam akan cuba menghantar surat itu ke alamat di Brickfields yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, jika gagal mereka akan ke alamat setiausaha syarikat itu di Gombak.

Peguam Nasser Yusof menampal surat tuntutan pada penutup premis di pejabat C4 di Petaling Jaya. 
Sehari sebelum itu, NGO yang diketuai oleh Cynthia Gabriel itu telah mengaitkan dan menuduh YB Menteri Kesihatan dengan tuduhan yang palsu membabitkan kontrak pembekalan RM30 juta di Kementerian Kesihatan.

Menurut  laporan dari Free Malaysia Today, pihak NGO C4 mempunyai masa selama tujuh hari untuk membayar jumlah tuntutan tersebut dan membuat permohonan maaf kepada publik. Sekiranya gagal maka tindakan undang-undang seterusnya akan diambil terhadap NGO terbabit.

Pada awalnya, Naseer Yusof mahu menyerahkan surat tersebut di alamat C4 Consultancies Sdn Bhd, namun gagal kerana pejabat di Petaling Jaya tersebut ditutup.
Lawyer Nasser Yusof menyatakan C4 perlu menjawab letter of demand tersebut. 
“C4’s claims are slander,” he added. “They imply that the minister is corrupt, and this has spoilt his good image.”

Bila dibuat semakan, rupanya C4 yang berselindung atas nama NGO tetapi sebenarnya didaftarkan atas nama syarikat Sdn Bhd. Selepas semakan dibuat rupanya NGO C4 ini mempunyai alamat yang hampir sama dengan alamat Bersih 2.0.
Jadi apa kaitan NGO C4 ini dengan Bersih 2.0? Kenapa ketika kes-kes mahkamah Lim Guan Eng dahulu NGO ini berdiam diri? Di mana mereka?


No comments:

Powered by Blogger.