Berulang Kali Saya Menangis Lihat Video Sujud Syukur Cik Nah
Begitulah terharunya semua rakyat Malaysia bila melihat Cik Nah terus sujud syukur selepas mendapat lesen perniagaan daripada DBKL. Semua rakyat Malaysia merasa sama apa yang Cik Nah rasakan.
Sejurus selepas mendapat lesen perniagaan daripada Tan Sri TPr Haji Annuar Musa, Cik Nah terus menyembah bumi bersujud syukur terima kasih pada Allah SWT.
Perasaan itu dikongsi bersama oleh Dato' Razlan Rafii, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia yang juga menyatakan beliau sendiri sebak melihat video Cik Nah itu dan berulang kali matanya juga masuk habuk kerana video itu.
Ini kerana beliau merasai sendiri sebagai anak warung bagaimana perasaan Cik Nah itu. Berikut adalah tulisan Dato' Razlan ;
"Saya anak warong, beberapa kali melihat moment ini, saya menangis. Faham sangat masa Arwah Ayah meniaga pakai Gerai Tepi Jalan. Bukan mudah untuk mendapat lesen peniagaan, lebih-lebih lagi di ibu kota pesat ini.
Penguatkuasa tidak perlu faham, mereka ada peraturan yang perlu di ikut.
Akhir, kami sekeluarga dipindahkan ke Gerai Salak Jaya DBKL, bayar sewa RM50 sebulan. Nama warong kami "Sudi Mampir"
Kepada Peniaga dan Penjaja warong, sekarang orang panggil FoodTruck. Memang susah mendapat lesen, bila dapat, bersyukur dan jaga amanah bangsa.
Terima Kasih Tan Sri Annuar Musa" tulis Dato' Razlan Rafii
Semoga usaha murni yang dibuat oleh Tan Sri TPr Haji Annuar Musa ini diteruskan dan dicontohi oleh semua PBT di seluruh Malaysia. Permudahkanlah urusan penjaja dan peniaga kecil ini mencari rezeki.
No comments: