Covid-19 : Rakyat Malaysia Perlu Terus Waspada
Semalam kes
harian Covid-19 mencatatkan melebihi 230,000 kes dan jumlah kematian dunia
sudah pun melebihi 600,000 kes. Banyak negara lagi yang sedang bergelut dengan pandemik
ini.
Malaysia pada
hari ini berada pada kedudukan ke-79 di dunia dari segi kes Covid-19. Malaysia berada di tangga ke-18 dunia kes
Covid19 paling tinggi di dunia pada 10 Mac 2020, ketika YB Menteri
Kesihatan mula melaporkan diri di Kementerian Kesihatan. Hari ini, sudah turun
61 tangga.
Malaysia
pernah mencatat 25 hari tanpa sebarang kematian, sehinggalah kematian ke 122 pada
11 Julai yang lalu. Semalam barulah tercatat kes kematian yang baharu iaitu yang
ke-123.
Malaysia
semalam telah mencatat 15 kes iaitu 4 kes import dan 11 kes tempatan. Tiga
kluster baharu dikesan iaitu Restoren KL, Rumah Kongsi Sepang dan Kluster Jeti
Kuching. Nampaknya trend menaik kembali.
Kita risau
pada musim perayaan Aidiladha ini, ramai rakyat Malaysia akan pulang bercuti di
kampung. Berjuta kenderaan akan bersusun di jalanraya. Ini pentingnya pematuhan
SOP.
Ketika disoal tentang perkembangan kes
Covid19 terkini di Malaysia, berikut adalah ulasan YB Menteri Kesihatan, Dato’
Sri Dr Adham Baba dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 20 Julai 2020 di
TV1.
“Trend menunjukkan bahawa ada sedikit
kenaikan di negara kita, sama ada imported case atau penularan tempatan. Ini
menunjukkan bahawa PKPP yang kita cuba laksanakan ada sedikit masalah dari segi
kepatuhan.
Untuk itu kita perlu melihat perkara ini
dengan penuh serius dan kemungkinan besar PKPP ini kita perlu kuatkuasakan
balik penguatkuasaan yang lebih ketat, pemantauan yang lebih kerap mengunakan
Akta 342.
Di samping itu, YB Menteri Kesihatan juga
mengharapkan agar rakyat Malaysia sentiasa patuh pada 3S dan 3W kita berada di
tempat awam bagi memutuskan rantaian Covid-19. Peranan ketua-ketua kampung,
pemimpin komuniti dan klinik kesihatan daerah adalah amat diharapkan sebagai
frontliners yang mampu membendung pandemik Covid-19 ini.
Malaysia masih belum menang sepenuhnya lagi
dengan Covid-19. Rakyat Malaysia perlu terus waspada dan jangan leka. Insyallah
#KitaMestiMenang nanti.
No comments: