10 Orang Doktor Paling Kacak Di Malaysia - MyRating

10 Orang Doktor Paling Kacak Di Malaysia

Hospital dan klinik kesihatan kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia menerima seramai 35.44 juta orang pesakit luar pada tahun 2019 dan setakat bulan Jun 2020 ini KKM telah menerima 11.95 juta pesakit luar.


35.44 juta orang? Ini sudah lebih daripada penduduk Malaysia. Kenapa ramai sangat datang klinik dan hospital ini? Mungkin sebab ada doktor yang kacak dan handsome di sana? Untuk pengetahuan korang semua, 73%.


Berikut adalah jawapan YB Menteri Kesihatan dalam parlimen baru baru ini mengenai jumlah doktor di Malaysia.


"Seramai 71,041 doktor perubatan yang bekerja di sektor awam dan swasta di negara kita. Ini menjadikan nisbah doktor kepada penduduk bersamaan 1 : 454. Nisbah ini adalah lebih baik daripada nisbah 1 : 500. Daripada jumlah ini seramai 51,912 adalah doktor perubatan, atau bersamaan 73% bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia.


Oleh itu, mari kita kenali tujuh orang doktor kacak di Malaysia yang boleh membuatkan anda datang check up hari hari kat hospital.  Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.


Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 10 orang doktor kacak di Malaysia.


1- Tan Sri Noor Hisham Abdullah


Di tempat pertama tentulah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noorhisham Abdullah yang begitu dikenali sekali oleh semua rakyat Malaysia. Baru mendapat gelaran Tan Sri atas kerja kerasnya selama ini menanggani Covid-19. Menjadi pujaan seluruh rakyat Malaysia, tidak kurang juga ada yang meniru gaya rambut dan misainya. 

Tahniah Tan Sri !!!

2- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... 

hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa, tidak merokok, kacak dan berpenampilan menarik.


3- Dr abd Rahman Kadir



Beliau dikenali juga sebagai DARK, Dr Abdul Rahman Kadir. Sangat aktif di facebooknya mengulas isu isu semasa dalam negara. Juga sering dijemput di kaca televisyen untuk mengulas isu isu yang berkaitan bidang doktor. 


Sekali pandang wajah Dr ini pasti ramai terasa ada aura KJ pada wajahnya. Mungkin 10 tahun lagi akan menjadi seorang ahli politik atau pengganti kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Siapa tahu kan?


4. Dr. Say Shazril



Seorang lagi doktor yang berbadan sado dan selalu ke gym, badan persis Sazali Samad dan Mr Universe yang lain. Doktor kacak Say Shazril kini berkhidmat di hospital Terengganu dan pernah satu ketika dahulu menjadi perbualan hangat gara-gara undangan beliau di salah sebuah stesen radio swasta. 

Dengan wajah yang tampan dan susuk tubuh yang sasa beliau seringkali menghiasi majalah-majalah dan akhbar dalam dunia modelling. Tapi sayang sekali buat gadis-gadis di luar sana kerana beliau telahpun berumah tangga dengan Dr Azura Abas.


5. Dr Sheikh Muszaphar Shukor


Siapa yang tidak kenal pada angkasawan pertama Malaysia ni. Beliau merupakan pakar ortopedik dan pernah bergiat aktif dalam bidang modelling. Telah berumah tangga dengan Dr Harlina, salah seorang cahaya matanya adalah kembar. 

Beliau juga aktif dalam menerima jemputan untuk ceramah motivasi dan kerjaya. Malah, nama Dr. Sheikh Muszaphar menjadi idola anak-anak sekolah yang mahu meneroka angkasa lepas.

"Cita-cita nak jadi apa?" .... "Kami nak jadi macam doktor Muzapar" ..

6. Dr. Che Hafiz



Dr Che Hafiz berasal dari negeri Kelantan. Pernah berkahwin dengan Lufya Umar dan dikurniakan seroang anak. Memang cair lah anak anak gadis melihat Dr Che Hafiz ini. Smart boh, doktor dari Klate nih.


7. Dr. Al-Hafiq


Dikenali dengan nama afiqvolaris di laman instagram, beliau kini bertugas di hospital Sungai Buloh. Beliau juga aktif dalam bidang modelling pengiklanan di televisyen dan merupakan abang sado yang aktif ke gym. Pasti berdebar-debar hati gadis di luar sana nak pergi checkup.


8. Dr. Afiq Anuar



Dr Afiq Anuar yang berasal dari Kedah ini mampu membuatkan anda cair dengan wajah tampan dan senyuman manis beliau. Beliau sangat aktif di lama twitter dan instagram. Beliau juga merupakan model sambilan untuk iklan di televisyen.

9. Dr. Firdaus Abdul Wahid




Bukan biasa-biasa doktor ini kerana dia aktif dalam bidang modelling dan turut berlakon dalam iklan Petronas. Juga aktif di Intagramnya menerusi akaun  aush.abdul_ 


10. Dr. Arif Aizudin 




Confirm ramai datang nak jumpa dengan doktor handsome ini untuk cabut gigi. Ramai juga artis datang ke kliniknya di Kota Damansara.  Aktif berkongsi pengalamannya sebagai seorang doktor gigi di Instagramnya, aifden. 

Sering menghabiskan masa bersama dua orang anak kembarnya iaitu Amina dan Amira. Seorang penyokong kuat kelab Liverpool. 


No comments:

Powered by Blogger.