Forest Skywalk FRIM Dibuka Pada 31 Ogos Ini
27 Ogos 2020 – ‘Forest Skywalk’ (juga dikenali Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos (Isnin).
Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.
Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.
Di atas menara peninjauan 50 m pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.
Butiran lanjut termasuk waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut
🕒Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
🕒Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
🕒Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan
Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang. Bagi kumpulan yang melebihi 10 peserta, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh lawatan dan perkhidmatan jurupandu alam (nature guide) diwajibkan. Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): 📧frim_enquiry@frim.gov.my/
☎️03-6279 7592/7596/7649].
Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di KBG (sila rujuk https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3086598021375486).
Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, bayaran parkir dan kemasukan KBG juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:
🎫Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
🎫Kakitangan FRIM: RM 8
🎫Warga emas: RM 10 | *RM40
🎫Dewasa: RM 15 | *RM 40
🎫Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
Mulai 31 Ogos juga, waktu operasi KBG akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Tourism Malaysia Tourism Selangor
No comments: