5 Tahun Yang Gemilang Buat Jurgen Kloop Di Liverpool - MyRating

5 Tahun Yang Gemilang Buat Jurgen Kloop Di Liverpool



Pada Januari 2016, Jurgen Kloop mendedahkan beliau disenarai pendek untuk mengantikan Alex Ferguson di Manchester United. Perbincangan itu terjadi ketika Kloop masih lagi menjadi jurulatih di Borussia Dortmund. 


Jika ada pun tawaran rasmi daripada Manchester United ketika itu, Kloop merasakan dia tidak bersedia kerana komited dengan perancangan dan tugasnya dengan Dortmund. Dalam satu rancangan dokumentari bersama BBC, Ferguson turut menyenaraikan Kloop bersama Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti sebagai antara penggantinya di Manchester United. 


Itu sudah pun menjadi cerita sejarah. Kini Kloop sedang sudah pun mencipta sejarah baru bersama Liverpool dan sedang mengukir sejarah baru lagi bersama Liverpool selepas ini. 


Pada hari ini, Jurgen Klopp sah rasmi bergabung dengan Liverpool sebagai pengurus pasukan untuk tahun Ke-5 selepas berpindah dari Borrussia Dortmund pada 2015.



Siapa yang sangka bahawa 'si gila dari Jerman' ini telah membangkitkan pasukan gergasi yang telah tidur menjadi salah satu pasukan yang elite di eropah.


Keutamaan utama dia adalah ingin mengubah mentaliti penyokong serta permain dan staf-staf Liverpool daripada seorang doubter kepada seorang believer. Dan itulah yang dilakukan oleh individu bernama Jurgen Norbert Klopp dalam tempoh 5 tahun ini.


Ketika pertama kali ditemu bual wartawan, mereka menanyakannya adakah dia the 'Special One' yang bakal membawa kejayaan buat Liverpool? Dengan nada bersahaja dia menjawab dirinya hanya orang biasa sahaja, mungkin the 'Normal One' sahaja katanya. 


Dia juga berjanji kepada para penyokong Liverpool untuk memberinya tempoh 4 tahun baginya untuk memenangi piala bersama Liverpool. Kini selepas 5 tahun, dia telah memberi 4 piala buat Liverpool termasuk memenangi kejuaraan Liga Juara-juara buat kali ke-6. Namun yang lebih manis apabila dia berjaya menamatkan pernantian 30 tahun Liverpool untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris bagi musim 19/20.


Hari ini adalah harinya dimana Liverpool secara sah memperkenalkan Jurgen Klopp selaku pengurus baru Liverpool FC. Semoga Jurgen Klopp terus membawa Liverpool untuk memenangi  lebih banyak gelaran-gelaran di masa akan datang

No comments:

Powered by Blogger.