Andy Robertson - Liverpool Sekarang Bukan Memburu Kejuaraan Liga Lagi
Dia berlari macam tiada jantung. Dia sesatunya pertahanan Liverpool yang tidak masuk wad hospital sekarang ini. Berbanding yang lain, Robertson adalah sesatunya pertahanan yang masih maintain larian dan passing bolanya. Namun apa boleh buat, Liverpool sekarang dalam proses pemulihan untuk menjadi lebh kuat lagi.
Pertahanan Liverpool, Andy Robertson berkata juara bertahan Liga Perdana itu "bukan lagi memburu gelaran" selepas kekalahan mengejut 1-0 di tangan Brighton.
Skuad kendalian Jurgen Klopp bergelut untuk memecah benteng pelawat dan gol tunggal Steven Alzate memastikan kemenangan pada minit ke-56.
Ia kekalahan kedua berturut-turut buat Liverpool di Anfield selepas 68 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri menyebabkan mereka kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester City yang masih ada satu perlawanan dalam tangan.
"Brighton pasukan yang lebih baik," kata pertahanan kiri Liverpool itu. "Kami sangat kecewa dalam semua bahagian.
"Anda perlu memberikan pujian kepada pasukan yang bermain baik. Mereka mencipta peluang, memberi kami tekanan – melakukan apa sahaja yang kami mahu lakukan.
"Kami langsung tidak melakukan apa yang kami mahu. Dengan rekod panjang tanpa kalah, kami sudah tewas dua kali. Apabila anda tidak berada di tahap terbaik, anda tidak akan dapat keputuan yang baik."
Pemain antarabangsa Scotland itu berkata Liverpool, yang akan menanti kehadiran Manchester City tengah malam Ahad ini, perlu segera mencari jalan untuk mendapatkan keputusan lebih baik. - AFP
No comments: