Golongan Anti Vaksin Pernah Dihukum Di Tanah Melayu?
Vaksin Pfizer-BionTech dijangka sampai ke negara ini pada hujung bulan Februari ini. Namun di media sosial golongan yang menentang vaksin ini juga dilihat kuat dengan hujah hujah mereka yang tersendiri.
Biarpun vaksin bukanlah paksaan dan menjadi kewajipan, namun kumpulan anti vaksin ini tetap berterusan menyalah pihak Kerajaan Malaysia.
Jika zaman dahulu, apakah kumpulan ini akan dihukum? Ya, sudah ada sejarah dahulu membuktikan yang kumpulan anti vaksin ini pernah dihukum di Tanah Melayu.
Gerakan menentang golongan antivax (antivaksin) bukanlah sesuau yang baru di Tanah Melayu:
Menurut rekod Mahkamah Lingga, Kesultanan Riau-Lingga pada awal kurun ke-20:
"Hukuman Orang Tidak Bertanam Cacar"
(10 November 1909/27 Syawal 1327 Hijrah):
Satu perbicaraan mahkamah keengganan seorang penduduk untuk "Bertanam Cacar".
Beliau kemudian dijatuhkan Hukuman Ta'zir, iaitu mengerjakan suatu pekerjaan dalam negeri selama tujuh hari: "dapat makan, tidak dapat upah."
Sumber: Manuskrip Catatan Mahkamah Lingga - Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media
No comments: