MySejahtera Sudah Dapat Pengiktirafan EU
Ramai orang bercakap, banyak tuduhan yang lebih kepada persepsi daripada perkara yang sebenarnya. Itulah yang terjadi kepada MySejahtera. Satu aplikasi yang amat bagus untuk membolehkan contact tracing dilakukan di Malaysia bagi mengawal pandemik COVID-19.
Bukan itu sahaja, aplikasi MySejahtera juga menjadi dokumen digital untuk mereka yang telah lengkap vaksinasi di Malaysia, juga buat pengembara luar negara yang datang ke negara ini. Banyak lagi aplikasi dalam MySejahtera yang amat berguna ketika pandemik ini. Sebab itulah EU tidak keberatan mengiktiraf MySejahtera.
Kesatuan Eropah (EU) telah mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia, MySejahtera berkuat kuasa pada 4 April 2022.
Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan berkata, EU telah menerima sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia yang setara dengan Sijil Digital Covid-19 EU.
“Sijil vaksinasi dan ujian Covid-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia
mengikut ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ bagi tujuan memudahkan hak pergerakan bebas
dalam sebuah kesatuan, dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut
Peraturan (EU) 2021/953.
“Malaysia akan dihubungkan dengan rangka kerja amanah Sijil Covid
Digital EU yang ditubuhkan oleh Peraturan (EU) 2021/953,” katanya.
Tambah beliau, Peraturan (EU) 2021/953 menetapkan rangka kerja
untuk pengeluaran, pengesahan dan penerimaan pengvaksinan Covid-19 yang saling
beroperasi menerusi ujian dan sijil pemulihan yang memudahkan pemegang melaksanakan
hak mereka untuk bebas bergerak semasa tempoh pandemik.
“Aplikasi MySejahtera juga mengandungi sijil ujian pengesahan
Covid-19 bagi ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction
(RT-PCR) tetapi bukan ujian antigen pantas,” katanya.
Biarpun COVID-19 masih ada, namun ketakutan dan fobia rakyat
seakan sudah hilang. Rakyat kembali hidup seperti biasa. Bazar Ramadan dan
solat terawih mulai penuh. Hargailah nikmat ini sebelum ianya hilang seperti
dua tahun dahulu. Patuh pada SOP dan ambil lah masa beberapa saat untuk scan
MySejahtera, ianya penting dalam langkah pengawalan penularan virus COVID-19.
No comments: