Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada, Hentikanlah Membandingkan Dengan Negara Jiran - MyRating

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada, Hentikanlah Membandingkan Dengan Negara Jiran


RM1 billion diterima Malaysia untuk pelaburan membabitkan industri automotif termasuk pembinaan sebuah kilang pemasangan kereta elektrik pertama di negara ini di kawasan Perindustrian Elkay Lipat Kajang, Jasin. 


Ini berlaku ketika kestabilan kembali di Melaka dan Putrajaya. Ketika era Barisan Nasional. Mungkin ada cytro PH yang tidak perasan perkara ini, jadi mereka tidak sebut dan zikirkan tentang kebaikan kebaikan ini. 


Jakarta mahu tenggelam. Lalu Pak Jokowi memindahkan kota perintahnya ke Kalimantan. Pak Jokowi perlu membina Jakarta yang baru di sana.


Berbeza dengan Perdana Menteri kita, beliau tidak berada dalam mana-mana perancangan untuk membina mana-mana kota yang baharu kerana kita semua tahu kita sudah ada Putrajaya yang dipindahkan dari Kuala Lumpur pada tahun 1999.


Oleh kerana mahu memindahkan kota perintah, misi Pak Jokowi perlu mendapatkan pelaburan-pelaburan besar masuk ke negaranya. Ia bukan kerja mudah. 


Kita sindir PM kita cakap Pak Jokowi ke USA sempat ke Space X, PM kita pula takat ke London sembang tentang dunia tenun. 


Negara kita sudah ada perusahaan nasional sendiri pada tahun 1985. Sedangkan Indonesia masih tidak punyai.


Kita tak habis fikir benda kita tiada, jadi kita tak bersyukur.


Negara kita berada dalam suasana politik tak stabil selepas PRU-14, jadi keutamaan Ismail Sabri ialah menguatkan hubungan antara negara yang wajar disambung selepas beliau menjadi PM bertukar ganti kali ke-3 dalam tempoh 1 penggal PRU. Ia tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita sendiri. 


Kita wajar jauh lebih bersyukur di Malaysia. Macam-macam ada. Banyak yang kehadapan, banyak yang tinggi teknologi. Kita saling lebih maju.



Harian Metro, 18 Mac 2022. Kilang ini mula beroperasi pada era Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri. 


Indonesia ada kilang kapal terbang.

Kita pula yang terbaharu ada kilang Porsche. 


Banyak, saling membawa teknologi dan pelaburan tinggi. 


Nak belajar, membaca.


Memang ya seronok melihat kemajuan orang lain dan negara lain. Namun bersyukur kita ada Malaysia. Negara yang aman, damai, seronok, bahagia. 


Ramai tak tahu kemampuan negara kita sendiri, sebagai contoh, Ingress Corporation Berhad, sebuah syarikat bumiputera Malaysia menjadi salah 1 daripada banyaknya syarikat di sana yang membina kereta / kenderaan bagi jenama Toyota, Isuzu, Honda, Hyundai, di Indonesia dan Thailand. Malah kita berada di India untuk jenama Suzuki. 


Jenama orang lain, kita yang bina. 


Lain negara, lain misi. Kawan-kawan, kita anak Malaysia, berbangga dengan rumah kita sendiri. 


Walau banyak drama, banyak juga gaduh politik sana sini, rasuah masih tertinggi, tentang kejayaan berbeza antara negara, tetap kena raikan dan beri kebanggaan. 


Kita boleh bersama dalam menyokong bola sepak, sukan, badminton dan sebagainya. Juga boleh bersama sekiranya kejiranan kita dilanda musibah. Kita akan bantu sebantu-bantunya. 


Dalam hal ekonomi, jika kita membaca, kita juga boleh bersama. 


Sama mendoakan semoga Malaysia terus maju. Terus memberi manfaat kepada masyarakat dan mendapat pemimpin amanah dan berjiwa rakyat.


Begitulah.


Khairul Hakimin Muhammad,

Bangga sebagai anak Malaysia.

No comments:

Powered by Blogger.