Ismail Sabri Sangat Dekat Jiwanya Dengan Golongan Petani & Penoreh Getah
Bantuan demi bantuan diumumkan YAB Perdana Menteri terhadap petani, penoreh getah dan juga nelayan. Menunjukkan betapa dekat dan seriusnya PM untuk membantu golongan ini keluar daripada kesusahan.
“Alhamdulillah, terima
kasih banyak kepada YAB PM, kami sangat-sangat hargai pengumuman yang dibuat
oleh PM” kata seorang pesawah bila mendapat tahu mengenai pengumuman bantuan kepada
pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil
tuaian padi.
YAB Perdana Menteri,
Dato’ Sri Ismail Sabri memberikan bantuan ini setelah mengambil kira
pengorbanan dan jasa besar golongan pesawah kepada negara ini.
"Betul
saya setuju kalau penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana
tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga
nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian saya naikkan RM300
termasuk elaun untuk nelayan darat.
"Saya
terkejut apabila dimaklumkan pesawah tak dapat. Bila Pengerusi NAFAS sebut,
saya kira itu sudah menjadi arahan sebab kalau tak dengar cakap dia, kira
derhaka adik-beradik.
"Saya dah bincang dengan Menteri Kewangan dan kerajaan bersetuju beri bantuan sementara menunggu padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim, maknanya enam bulan kita akan berikan kepada pesawah," katanya berucap pada Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48 pada 18 Mei 2022.
Ismail Sabri memang
dekat jiwanya dengan petani dan nelayan. Ketika bulan puasa baru-baru ini, YAB
PM mengadakan majlis berbuka puasa bersama
petani, nelayan dan penternak di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana. Sejak
dahulu lagi Ismail Sabri memang mengambil berat nasib petani.
Ketika
beliau menjadi Menteri Pertanian pernah sekali, Ismail Sabri buat arahan untuk membeli
lambakan padi secara serta-merta.
“Para petani tak perlu lagi risau. Kita mengarahkan Bernas
beli semua lambakan padi di Perlis serta-merta utk mengelakkan petani kerugian”
arahan Ismail Sabri pada 29 Januari 2015. Ketika mula menjawat jawatan sebagai
Perdana Menteri, Ismail Sabri menyatakan bahawa beliau amat memahami
keringat dan nilai sesuap nasi kerana dilahirkan dan membesar dalam keluarga
anak petani yang susah.
Oleh
sebab itulah PM berkata “kalau tak dengar cakap dia, kira derhaka adik-beradik”, bila
mendengar nasib petani di Malaysia daripada Pengerusi NAFAS semalam. Malah,
Dafi (anak Ismail Sabri) pernah menyatakan bapanya pernah hidup susah dan sebab
itulah dia tidak mahu melihat orang lain hidup susah.
“Isu
kemiskinan sangat dekat di hati saya. Dilahir dan membesar daripada keluarga
penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.”
kata Ismail Sabri ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat pada 12 Oktober
2021. YAB PM tidak mampu menahan perasaan sebak waktu mengimbau kepayahan
dan keperitan hidup zaman kanak-kanaknya yang lahir daripada keluarga penoreh
getah.
Oleh kerana itu, satu
persatu polisi yang diumumkan Perdana Menteri memang dekat dengan rakyat.
Naikkan gaji minimum RM1,500, bantuan RM200 kepada petani dan pelbagai lagi bantuan
yang Ismail Sabri umumkan bagi membolehkan rakyat Malaysia dapat keluar dari
miskin tegar.
Semalam, Ismail Sabri
turut umumkan untuk memansuhkan AP import bahan makanan. Sesuatu yang disambut
baik oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan bekalan makanan negara mencukupi.
Malah PM turut menjelaskan bahawa negara-negara di dunia sekarang turut
mengalami inflasi akibat gangguan bekalan makanan.
"Peningkatan kadar
inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara
akibat gangguan rantaian bekalan makanan. Sebagai contoh, Amerika Syarikat
mengalami inflasi sebanyak 8.5 peratus, United Kingdom (7 peratus),Singapura
(5.4 peratus), Australia (4.5 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus)” kata YAB
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri.
Sebagai seorang rakyat
yang bertanggungjawab kepada negara ini, setiap rakyat harus bersama-sama
membantu antara satu sama lain. Kesusahan ini boleh dibasmi bila kita ambil
tanggungjawab ini secara bersama. Dasar dan polisi yang baik harus disusuli
dengan tindakan yang betul.
Terima kasih YAB PM,
moga Allah SWT memberkati dan merahmati usaha baik ini.
No comments: