6 Indikator Ini Bukti Ismail Sabri Pimpin Malaysia Di Landasan Betul - MyRating

6 Indikator Ini Bukti Ismail Sabri Pimpin Malaysia Di Landasan Betul


Ada 6 perkara besar yang belum pernah dibuat tetapi telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini untuk jaga rakyat Malaysia. Benar kata PM semasa pelancaran Program Felo Perdana semalam ;


"Bila duduk dengan menteri, boleh tahu susah senang jadi menteri. Bagaimana menteri menyelesaikan masalah, ada yang duduk di pejabat sampai 12 tengah malam tak balik lagi pun ada, kerja tujuh hari seminggu, 24 jam sehari" kata YAB PM. Bukan senang menjadi seorang Menteri, membuat keputusan dan dasar yang betul untuk rakyat Malaysia. 


Pertamanya, sejumlah RM77 billion subsidi telah diberilan kepada rakyat, tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Keduanya, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sejumlah RM2600 (maksima) kepada 8.6 juta rakyat Malaysia. Ini yang paling tinggi nilai diterima dan teramai dalam sejarah negara.



Ketiga, ketika dunia dilanda inflasi. Sri Lanka inflasinya adalah lebih 50%, di Malaysia inflasinya adalah 2.8% sahaja. Nilai inflasi 2 8% ini adalah yang paling rendah di Asia Tenggara dan Malaysia adalah yang ke-20 terendah di dunia.

Keempat, kadar tarif elektrik di Malaysia adalah paling rendah di Asia Tenggara.

Kelima, FDI (Foreign Direct Investment) sejumlah RM24 billion untuk dua suku berturut-turut adalah FDI paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

Keenam, jualan runcit bulanan sejumlah RM129 billion yang dicatatkan baru baru ini adalah yang tertinggi di Malaysia sejak tahun 2013.




No comments:

Powered by Blogger.