Lima Inisiatif Diumum Ismail Sabri Amat Membantu Peneroka Felda - MyRating

Lima Inisiatif Diumum Ismail Sabri Amat Membantu Peneroka Felda

 


Semalam, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan lima inisiatif buat peneroka Felda seluruh negara. Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 peringkat kebangsaan.


Lima inisiatif yang telah diumumkan adalah ;


1) Dana RM20 juta menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran bagi pembiayaan bagi pembinaan rumah lot.


2)   Dana RM10 juta pinjaman tanpa faedah untuk usahawan Felda.


3) Peruntukan RM6.1 juta untuk dana pengurusan bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn. Bhd.


4)    Dana RM21 juta untuk pembangunan 317 rancangan Felda.


5)  Dana RM7.6 juta sewaan bulanan yang dibayar oleh 2,025 penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) 



Keseluruhan lima inisiatif ini adalah berjumlah RM65 juta bagi membantu peneroka dan generasi baru Felda. Sebagai seorang yang lahir daripada keluarga seorang penoreh getah, Ismail Sabri telah membantu kembali peneroka getah dengan dana RM6.1 juta bagi ambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG).


Apa kebaikannya bila PMG ini diambil alih?


Bila diambil alih, kos operasi kilang sebanyak 23 sen akan dikurangkan bagi setiap kilogram getah kering dengan tambahan sebanyak 5 sen apabila mencapai sasaran bulanan. Langkah yang secara keseluruhannya melibatkan pengurangan sebanyak 28 sen.


Jika dijumlah semua sekali pengurangan ini  akan memberi tambahan pendapatan RM11.2 juta kepada 10,707 peneroka tanaman getah di seluruh negara. Selain itu, Ismail Sabri turut umumkan Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang akan memberi manfaat kepada 56,699 peneroka. Peneroka akan mula menikmati tambahan pendapatan dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan.


Bukan itu sahaja, semalam Ismail Sabri turut umumkan yang kos pembelian baja akan jimat sejumlah RM200 juta menerusi aplikasi pintar Smart Plantation Management Solution (SPMS). Menerusi aplikasi ini pembelian baja dibuat berdasarkan dirian pokok berbanding keluasan kawasan, selain turut disokong dengan sumber alternatif dan bahan buangan seperti tandan buah kosong serta abu tandan.


Tidak cukup dengan itu, Ismail Sabri turut menyatakan sejumlah RM162 juta tambahan pendapatan kepada peneroka dengan pemerkasaan mekanisasi dan teknologi pengurusan ladang, sehingga produktivitinya dapat ditingkatkan kepada purata 20 tan sehektar setahun pada tahun ini.



"Saya berbesar hati ingin berkongsi bahawa peningkatan produktiviti ini telah membawa kepada penciptaan nilai atau value creation buat warga peneroka dengan jumlah melebihi RM1 bilion setahun. Peneroka juga dapat menerima tambahan pendapatan sehingga RM162 juta bagi setiap kenaikan 0.5 peratus kadar perahan minyak” kata Ismail Sabri semalam.

 

Keseluruhannya, selain lima inisiatif yang diumukan oleh YAB Perdana Menteri semalam, peneroka Felda juga turut menikmati penjimatan dan tambahan pendapatan. Tambahan pendapatan antara RM250 hingga RM500 sebulan. Ini berita baik buat peneroka tatkala kenaikan ekonomi dunia yang tidak menentu.

 

Pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) hanya sekadar bercakap dan mengajak orang untuk berdemonstrasi sahaja, mereka tidak berikan pun cara hendak meningkatkan pendapatan rakyat ketika ini.

 

Asyik bermain sentimen sahaja di media sosial bila sudah menjadi tidak menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Itulah kerja sepenuh masa PH.  Waktu PH jadi kerajaan pun, mereka berjanji hendak hapuskan hutang Felda, tetapi selepas 100 hari dan 22 bulan, tiada satu sen hutang peneroka pun dihapuskan.



Kini, Putrajaya dipimpin oleh anak seorang penoreh getah yang hadir semalam di Hari Peneroka dengan membuat pengumuman yang realistik untuk membantu kembali peneroka Felda. Terima kasih Ismail Sabri.

 


No comments:

Powered by Blogger.