Lewat Datang Latihan, Gerrard Denda £500 Kepada Pemain Aston Villa - MyRating

Lewat Datang Latihan, Gerrard Denda £500 Kepada Pemain Aston Villa


Cara lagenda Liverpool ini melatih Aston Villa amat berlainan daripada pengurus lain. Kenapa? Sebab ada senarai denda yang perlu dibayar oleh pemain. 

Itulah harga yang perlu dibayar oleh pemain-pemain Aston Villa jika lewat datang latihan. Nilainya adalah £500. Kalau dalam duit Malaysia kira-kira dalam RM2600. Bukan itu sahaja, ada lagi senarai denda yang telah dibuat. Denda paling murah adalah £50 iaitu denda terlupa recovery leggings.


Kalau nilai RM2600 itu kat Malaysia dah macam gaji sebulan kerja. Habis gaji sebulan bayar denda sahajalah. Kita tengok berapa gaji pemain-pemain Aston Villa, dan dalam senarai di atas adalah lima orang pemain yang gaji paling tinggi di Aston Villa. 

Gaji tertinggi adalah pemain pertahanan Lucas Digne, gaji seminggunya adalah £163,462. Itu seminggu kalau sebulan dah berapa? Jumlahnya adalah £653,848 atau kira-kira dalam RM3.4 juta. Jadi apalah sangat bayar RM2600 tu. 

Kalau kena red card kena belanja satu pasukan makan. Bukan setakat itu sahaja, jika seseorang pemain itu didapati berprestasi teruk dalam latihan dia akan dipakaikan "i was the worst trainer". Nampak macam berat kaedah yang dipraktikan oleh Gerrad ini. 

Mungkin inilah caranya untuk menjadikan Aston Villa sebuah pasukan yang hebat dalam EPL. Berikut adalah senarai denda yang dikenakan terhadap pemain-pemain di Aston Villa. 



Untuk rekod, sejak memimpin Aston Villa pada 11 November 2021, Gerrad telah melalui 27 perlawanan bersama Aston Villa. Gerrad melakar 10 kemenangan, 5 seri dan 12 kalah. Gerrard punyai reputasi yang hebat di Rangers selama 3 tahun bila berjaya membawa kemenangan kembali kepada kelab di Scotland itu. 

Mungkin Gerrard ada caranya tersendiri di Aston Villa. Dengan kombinasi pemain, taktikal yang berkesan dan sistem latihan yang disiplin Aston Villa boleh jadi pencabar hebat di EPL. Denda ini sebenarnya sebahagian daripada latihan yang cuba diterapkan Gerrad kepada pemain-pemainnya di Aston Villa. 

No comments:

Powered by Blogger.