Berkayak Di Air Yang Hijau Dan Menelusuri Terowong, Pertama Seumpamanya Di Malaysia
Cantik airnya, warna hijau. Susah hendak cari air yang tenang, suasana yang cantik dan paling rare adalah airnya yang berwarna hijau. Bagi penggemar suasana indah ini boleh dapatkannya menerusi aktiviti berkayak di Terusan Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis.
Pengunjung akan dibawa menelusuri terowong membelah bukit batu kapur yang berusia 500 juta tahun dengan kayak di terusan Kampung Wai sejauh 765 meter. Aktiviti berkayak sambil menikmati panorama sawah padi dan terusan ini adalah yang pertama di Malaysia.
Ianya dibuat sejak tahun lepas hasil inisiatif lima anak muda dari Kayak Dahagi Perlis.Lima rakan baik tersebut iaitu Aniq Izanif Mahar Effendi, 36; Taqril Tahir, 42; Mohd. Azrif Md. Amin, 29; Amir Aziz, 45, dan Mohd. Nadzri Mohd. Radzi, 42.
Bagi yang berminat, bayaran yang dikenakan serendah RM80 bagi satu trip untuk satu individu selama empat jam selain disediakan sijil penyertaan, sarapan pagi serta makan tengah hari. Selain itu turut disediakan pemandu secara percuma kepada pengunjung dengan minimum dua kayak dan maksimum sebanyak lima kayak bagi trip.
Bagi yang berminat untuk aktiviti kayak ini, boleh hubungi Kayak Dahagi Perlis di laman Facebook mereka di pautan ini ;
https://www.facebook.com/KAYAK-Dahagi-Perlis-108609188508312/?ref=page_internal
atau hubungi +60 19-599 7748.
No comments: