Lajunya Dia Lari, Baru 17 Tahun Dah Lari 10.50 Saat - MyRating

Lajunya Dia Lari, Baru 17 Tahun Dah Lari 10.50 Saat

 


Tatkala ini ramai yang memperkatakan tentang bakat muda negara Azeem Fahmi yang baru berusia 18 tahun dan telah berlari selaju 10.09 saat untuk memecah rekod kebangsaan 100 meter. Azeem khabarnya akan terus berlatih di Amerika Syarikat dan kemungkinan besar akan dilatih oleh bekas jaguh Amerika Syarikat iaitu Carl Lewis jika memilih untuk belajar di Universiti Houston. 


Sebelum itu, kira-kira sebulan yang lepas berlangsung Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Ranau Sabah. Seorang lagi bakat muda berjaya dicungkil iaitu Jad Rizal yang cemerlang dalam acara 100m ( 10.50s ) dan 200m ( 21.90s ) dengan mencipta rekod baru ( rekod lama 100m - 11.10s dan 200m- 22.10s).


Jad Rizal baru berusia 17 tahun. Jad Rizal adalah anak Kg Lohan 1 dan belajar dikelas 5 Amber SMK Lohan. Videonya menjadi johan dan berlari dengan masa 10.50 saat menjadi viral di media sosial. Di Facebook, videonya itu telah mencapai tontonan sejumlah 15,600 view, 1000 komen dan dikongsi lebih 400 kali.


Individu yg memainkan peranan penting adalah bapanya sendiri yg merupakan jurulatih peribadi sejak dari kecil sehingga kini. Bapanya merupakan bekas pelari pecut kebangsaan sekitar tahun 80an.

Sebelum ini juga Jad pernah mewakili Malaysia dalam Little Athletic pada 2019 di Australia dalam acara 200m dan mendapat pingat emas. Dalam Little Athletic di Pahang tahun yang sama berjaya mendapat emas dalam acara 100m dan 200m dan dinamakan sebagai Best Athlete ( Olahragawan ).


Sebagai tambahan juga dia ( Jad ) pernah mencatat 10.96s dalam acara 100m semasa umur 14 tahun dalam kejohanan Olahraga Tuaran di Kota Belud pada tahun 2019 dan menurut abangnya, Jad Adrian yang juga bekas pelari pecut, Jad Rizalman adalah atlet kedua di Malaysia dan Asia Tenggara dalam usianya yang berjaya mencatat masa pecutan di bawah 11 saat selepas atlet Perak Muhammad Azeem Fahmi terlebih dahulu mencatat 10.63s.


Jika mendapat pendedahan dan latihan yang kemas Malaysia akan mempunyai dua pelari pecut yang hebat iaitu Azeem Fahmi dan Jad Rizal, moga dua nama ini menjadi siulan dalam arena balapan Malaysia sebagaimana Malaysia pernah punyai Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim suatu ketika dahulu. Berita yang amat baik untuk masa depan olahraga di Malaysia.






No comments:

Powered by Blogger.