Ranking Fan Page Facebook Menteri Besar & Ketua Menteri Di Malaysia - MyRating

Ranking Fan Page Facebook Menteri Besar & Ketua Menteri Di Malaysia

 


Facebook masih lagi menjadi platform media sosial yang penting untuk berkomunikasi daripada pemimpin kepada rakyat. Biarpun ada beberapa platform baru di media sosial, namun bagi sesetengah orang mereka lebih memilih Facebook untuk mendapat tahu perkhabaran seseorang wakil rakyat yang mereka kenali. 


Menteri Besar Negeri Terengganu mendahului sebagai Fan Page Facebook paling tinggi di kalangan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ada di Malaysia. Daripada 13 Fan Page Facebook yang dinilai, MB Terengganu itu yang menggunakan nama page "Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar" mendapat 375,000 followers berbanding yang lain. 


Di tempat kedua adalah Menteri Besar Negeri Kedah dengan nama page "Muhammad Sanusi Md Nor" dengan 302,000 followers. Di tempat ketiga adalah "Amirudin Shari" dengan jumlah 217,000 followers. Diikuti oleh Menteri Besar Johor yang mendapat 194,000 followers dan berada di tempat keempat. Tempat kelima adalah Menteri Besar Pahang dengan nama page "Wan Rosdy bin Wan Ismail" dengan 137,000 followers. 



Daripada senarai ini tiga tempat terakhir adalah milik "Ab Rauf Yusoh" Ketua Menteri Melaka yang hanya mempunyai 20,000 followers, berkongsi jumlah followers yang sama dengan   Menteri Besar Kelantan. Di tempat terakhir adalah page Facebook "Mohd Shukri Ramli" yang mendapat hanya 16,000 followers.


Berikut adalah senarai penuh ranking Fan Page Facebook :

1.      1)  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. 375,000 followers

2.      2) Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, 302,000 followers

3.      3) Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, 217,000 followers

4.      4) Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, 194,000 followers

5.      5) Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. 137,000 followers

6.      6) Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, 133,000 followers

7.      7) Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, 131,000 followers

8.      8) Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun, MB Negeri Sembilan, 82,000 

             followers

9.      9) Abang Jo, Premier Sarawak, 37,000 followers

       10)  Saarani Mohamad, Menteri Besar Negeri Perak, 29,000 followers 

       11) Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, 20,000 followers

       12) Menteri Besar Kelantan, 20,000 followers

       13) Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis, 16,000 followers


Nota : semua Fan Page Facebook ini dinilai berdasarkan carian di Facebook pada 13 Februari 2024.  



No comments:

Powered by Blogger.