Ranking Tik Tok Menteri Besar & Ketua Menteri Di Malaysia - MyRating

Ranking Tik Tok Menteri Besar & Ketua Menteri Di Malaysia

 


Tik Tok adalah aplikasi media sosial yang paling popular sekarang di Malaysia. Golongan bawah 40 tahun memang menggunakan aplikasi ini untuk mengikuti berita, perkembangan semasa malah menjadikan medium Tik Tok untuk mengembangkan perniagaan mereka. 

Keseluruhannya pengguna Tik Tok di Malaysia adalah sejumlah 19.3 juta di Malaysia mengikut data pada Jan 2023. Dijangka pengguna Tik Tok di Malaysia akan berjumlah 21 juta pada 2027.

Tik Tok juga digunakan oleh kepimpinan politik untuk menghubungkan diri mereka dengan publik. Paling teratas dengan jumlah followers hampir 1 juta adalah Menteri Besar Kedah, diikuti oleh Menteri Besar Terengganu yang menggunakan nama drsamtrg dengan followers sejumlah 275,700 orang. 

Di tempat ketiga adalah Menteri Besar Johor dengan sejumlah 255,100 followers, diikuti oleh Menteri Besar Perlis dengan 57,700 followers dan Menteri Besar Selangor dengan 51,100 followers. Di tempat ke-6 adalah Menteri Besar Pahang dengan sejumlah 44,400 followers.



Mengikut data yang dicerap pada 14 Februari 2024 ini, tiga kedudukan terbawah adalah Menteri Besar Perak dengan hanya 12,800 followers, Menteri Besar Melaka dengan 11,600 followers dan akaun Tik Tok Premier Sarawak yang gagal dikesan. 

No comments:

Powered by Blogger.