Bolehkah Manchester United Potong Liverpool Untuk Jadi Juara EPL Tahun Ini? - MyRating

Bolehkah Manchester United Potong Liverpool Untuk Jadi Juara EPL Tahun Ini?


Semalam, satu lagi berita baik buat penyokong Liverpool, Manchester City kalah lagi. Team Raheem Sterling itu hilang lagi 3 mata. 

Ini bermaksud Liverpool hanya perlukan lagi 18 mata dari 13 perlawanan untuk menjadi juara EPL. Liverpool sekarang berada di tangga teratas dengan 73 mata, 22 mata meninggalkan kelab Raheem Sterling di tempat kedua dengan 51 mata. Jauh sungguh kena tinggal. 

Ada lagi 13 perlawanan, kita lihat nasib kelab Manchester United yang berada di tempat ke 7 dengan 35 mata. Mampukah kelab Manchester United memintas Liverpool untuk menjadi juara EPL? Mari kita buat pengiraan. 

Jika Manchester United menang semua 13 games dengan Bruno Fernandes score hatrikk setiap perlawanan, United akan dapat mata terkumpul 35 mata + 39 mata = 74 mata. Ohh bahaya tu, boleh memotong Liverpool dan menjadi juara EPL. 

Jadi ada harapan lagi untuk Manchester United menjadi juara EPL nampaknya kalau menang semua games mereka. Untuk memadamkan terus hasrat Manchester United menjadi EPL, Livepool hanya perlu dapatkan dua mata sahaja dari baki 13 perlawanan, maka hasrat Manchester United itu akan terkubur. 



Hanya pasukan Crystal Palace yang berada di tangga ke-14 dengan 30 mata sahaja boleh melupakan cita-cita hendak menjadi juara EPL. 13 pasukan lagi termasuklah Southampton, Newcastle, Burnley, Wolves dan Sheffield United masih boleh menyimpan harapan untuk memintas Liverpool dan menjadi juara EPL. Itu pun kalau mereka dapat kutip mata maksimum dari baki 13 perlawanan EPL. 

Liverpool sebenarnya hanya perlukan 6 perlawanan lagi, atau 18 mata untuk menjadi juara. Jika menang semua perlawanan, maka Liverpool akan menjulang trofi EPL itu di Anfield pada 22 Mac 2020, perlawanan jam 1.30 pagi waktu Malaysia. 
22 Mac 2020 tu hari Sabtu, nasib baik. Kalau tidak semua penyokong Liverpool kena apply cutilah kalau perlawanan jatuh pada hari Ahad pagi. Manchester City tidak akan berupaya lagi memotong Liverpool, apatah lagi Manchester United jika Liverpool berjaya menang kesemua 6 perlawanan ini. 

Selepas itu, masa lawan Manchester City, bolehlah Liverpool turunkan second team dan fokus pada Champion Leagues pulak. Haha. Apa yang pasti penyokong Manchester United pada masa itu mesti bersorak gembira sebab pasukan mereka berjaya memintas Wolves untuk berada di tempat ke empat liga. 
Selamat maju jaya Manchester United, moga berjaya layak ke Champion League dan berjumpa Liverpool di final nanti. Lama EPL bercuti ni, dua minggu, senyap sunyilah sekejap kan. 

No comments:

Powered by Blogger.